Apabila mata dibuka. Aulia terus bangun dari katil. Mata melihat ke kanan dan ke kiri. Mana Baekhyun?
Usai kaki melangkah untuk ke pintu dia ternampak figura seseorang sedang tidur di atas kerusi sofa berdekatan beranda.
Baekhyun tidur atas sofa? Dan dia tidur atas katil? Bukan semalam...
"Dah cukup Aulia! Kau overthinking ni." Aulia menepuk pipinya berulang kali sebelum melangkah keluar dari bilik Baekhyun.
🍂
Hari ini Aulia ada check up di klinik. As usual dia akan pergi seorang diri. Kadang dia sedih bila melihat orang lain ditemani suami. Tapi dia? Sorang.
Kunci kereta tergantung dicapai. Dia melulu ke pintu utama. Jam di tangan di jeling sekilas. Dia dah lambat.
Selepas check up dia kena terus pergi ke sekolah. Kerana ada mesyuarat. Tambahan pula sekolah akan dibuka semula pada minggu hadapan. Semakin sibuk.
"Jom."
Satu suara datang entah dari mana. Aulia berpaling ke belakang dan kelihatan Baekhyun dan Lily sedang berjalan ke arahnya.
Aulia masih terpingga-pingga. Dia melihat ke arah Baekhyun dengan hairan.
Buang tebiat ke Baekhyun ni? Sejak malam semalam perangai dia pelik.
"Saya teman awak pergi klinik." Ujar Baekhyun lalu kunci ditangan Aulia diambilnya.
Aulia masih kaku. Matanya hanya memerhati Baekhyun yang ketika itu sedang menuju ke kereta.
"Ibu~ Jom?" Tangan Lily menarik lembut tangan Aulia.
🍂
Suasana di dalam kereta begitu awkward sekali. Perhatian Baekhyun hanya tertumpu pada jalan raya di hadapan. Manakala Lily pula sudah tidur di seat belakang.
"Awak tak kerja hari ni?" Aulia cuba membuka topik.
"Cuti."
Baekhyun kembali dingin mungkin.
"Hmm awak dah okay?"
"Ohh pasal semalam tu, aku mengigau je. Kau jangan fikir aku dah berubah jadi baik pula."
Tiba-tiba buka topik berkenaan semalam. Pelik ni. Aulia takda pula mention pasal tu.
"Faham. Tapi kalau awak sakit. Just panggil saya."
Baekhyun tidak memberi sebarang respon sebaliknya dia melihat ke arah jalan raya.
🍂
"Ibu rasa ni baby boy or girl?" Soal Lily sambil mengusap perut Aulia.
"Hmm baby boy mungkin?" Aulia tersenyum. Usia kandungannya sudah menjangkau 3 bulan.
"Baby boy ok jugak, ibu. Mesti pendek macam papa." Lily ketawa besar. Aulia turut ketawa mendengar jenaka Lily itu.
Matanya kemudian melihat ke arah Baekhyun yang sedang duduk di ruang hujung itu sambil bermain telefon.
Apalah yang membuatkan Baekhyun tergerak hati untuk menenaninya ke Klinik hari ini.
🍂
Setelah hampir 10 minit menunggu, nama Aulia dipanggil untuk ke bilik pemeriksaan.
Seperti biasa, setiap kali check up mesti kena scan keadaan baby.
Cuma hari ini Aulia berasa sedikit gembira apabila ada Baekhyun di sisi.
Usai selesai pemeriksaan, Aulia kembali ke kerusi dan duduk di sebelah Baekhyun. Mereka berdua sedang menunggu ulasan dari doktor dengan sabar.
"So, Puan Aulia. Is he your husband?
"Be-"
"Suami dia outstation." Baekhyun mencelah.
Mata Aulia membulat. Apa yang keluar dari mulut suaminya itu membuatkan dia hilang kata-kata.
"Ohh i see, so you?"
"Cousin dia."
Hati Aulia ibarat ditikam dengan pisau betubi-tubi. Rupanya inilah sebab dia ingin temankan Aulia hari ini.
Aulia lebih rela pergi ke Klinik seorang diri dari pergi bersama suami yang malu untuk mengaku dia sebagai isteri.
🍂
Ketika berada di dalam kereta, Aulia berusaha menahan air matanya dari mengalir.
Dia masih tidak percaya, Baekhyun bertindak sedemikian rupa. Rupanya apa yang dia buat sepanjang hari ini hanyalah lakonan.
Dendamnya masih bersisa lagi.
"Baby ok ibu?" Suara Lily memecah kesunyian.
"Baby ok, sayang."
"Yayy tak sabar nak jumpa baby nanti"
Aulia hanya tersenyum nipis. Matanya melirik ke arah Baekhyu. Lelaki itu hanya kaku. Tiada respon atau rasa serba salah langsung.
🍂
"Sampai hati awak cakap macam tu depan doktor."
"Uish tak reti ketuk pintu ke?" Baekhyun ketika itu sedang berehat di atas katil sedikit terkejut dengan kehadiran Aulia.
"Awak boleh benci saya. Tapi bukan bayi dalam kandungan ni. Dia tak bersalah. Lagipun dia memang darah daging awak, Baekhyun."
"Buat apa aku nak mengaku budak dalam perut kau tu anak aku, sedangkan Sehun sendiri kata itu anak dia dengan kau. Cukup lah, aku penat."
"Sampai bila awak nak percaya kata-kata lelaki setan tu?!"
Suara Aulia semakin meninggi. Pipinya sudah terasa bahang.
"Keluarlah."
Baekhyun bangun dari katil, lalu menolak Aulia keluar dari biliknya.
"Baekhyun! Listen to me!" Tangan Aulia menahan pintu dari ditutup.
"Tolong percayakan saya. Sekali ni. Untuk Lily, untuk anak kita. ANAK..KITA."
Air mata Aulia sudah berjurai jatuh.
"Apa yang awak dengar dari mulut Sehun, semuanya rekaan. Tak betul." Sambung Aulia lagi.
Sayangnya, penjelasan itu tidak diendahkan oleh Baekhyun. Dia menutup pintu di hadapan muka Aulia dengan kuat.
Aulia terduduk di hadapan pintu bilik Baekhyun sambil menangis. Rintihan itu hanyalah sia-sia.
Aulia sudah penat.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...