Aulia berlari sambil menekup mulutnya. Air mata laju mengalir tanpa henti. Dadanya terasa berat menahan beban yang ditanggung itu.
"Baekhyun dah benci aku." Bisik hati Aulia, sakit.
Peluang untuk Baekhyun terimanya semula kini makin tipis. Suaminya itu sudah memandang hina terhadap dirinya. Apabila dia cuba untuk mempertahankan dirinya, dia gagal kerana Baekhyun lebih percaya kata-kata busuk Sehun.
Tiba-tiba telefon Aulia berdering. Langkahnya terhenti, Nombor dia tidak kenali terpapar di skrin.
Rasanya dia sudah save nombor mak. Tanpa berlengah Aulia menjawab dengan berhati-hati."Hello..?"
Senyap.
"Hello? Ni siapa?"
Senyap.
Mungkin salah nombor. Apabila Aulia ingin mematikan talian, satu suara kendengaran..
"Kau tak kenal aku?"
Mata Aulia membulat. Sudah semestinya dia kenal suara itu.
"Sehun.."
"Ye, sayang~"
"Mana kau dapat nombor aku ni?!"
"Well, suami bodoh kau tu bagi. Actually dah lama dia bagi, cuma aku tunggu masa yang sesuai je untuk
call kau. Dan inilah masanya.""Kau nak apa lagi?! Tak puas lagi ke kau fitnah aku macam-macam?"
"Ye tak puas. Banyak lagi misi aku belum selesai."
"Kau memang setan, Sehun!"
Sehun hanya ketawa besar. Baginya apa yang keluar dari mulut Aulia hanyalah satu bahan jenaka.
"Aku akan pastikan kau jadi milik aku semula, Aulia." Sehun berkata perlahan.
"Cukup lah! Aku takkan terima kau balik."
"Baiklah. Kalau kau menolak. Tapi jangan menyesal kalau apa-apa jadi dekat suami kesayangan kau tu. Dia pun tengah membilang hari je untuk mati. Memang makin mudah lah kerja aku."
🍂
"Apa?! minta cerai?!" Puan Byun begitu terkejut apabila perkataan itu keluar dari mulut Aulia secara tiba-tiba.
"Baekhyun..dia dah benci Aulia."
"Aulia~" Tangan Aulia ditarik lembut. "Mak percaya, Baekhyun masih sayangkan kamu. Dia tengah sakit sekarang. Sebab tu dia bertindak di luar kawalan." Pujuk Puan Byun.
"Aulia kotor, mak"
"Kenapa kamu cakap macam tu?"
"Aulia...Hmm"
"Kenapa sayang?"
"Aulia pernah dirogol.."
Aulia tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia menangis di hadapan Puan Byun.
"Be-betul ke?"
Aulia mengangguk perlahan.
"Orang yang rogol itu adalah.. teman lelaki Aulia sendiri sampai Aulia mengandung.
Puan Byun tergamam. Kata-kata Aulia itu cuba dihadam.
"Tergamak dia buat kamu macam tu."
"Salah Aulia juga sebab percayakan dia."
"Tak. Kamu tak salah. Kamu mangsa keadaan, sayang."
"Mak boleh terima Aulia sebagai menantu? Walaupun Aulia pernah ada sejarah hitam?" Mata Aulia melihat ke arah Puan Byun dengan sayu.
"Aulia..Kita tak boleh terus menghukum kisah silam seseorang. Semua orang berhak diberi peluang kedua tau. Begitu juga kamu" Ujar Puan Byun lalu mengusap pipi Aulia.
Aulia tersenyum kecil. Dia tidak menyangka Puan Byun dapat menerima dirinya. Tetapi dia berasa sedikit terkilan apabila Baekhyun tidak memberinya peluang untuk perbaiki diri.
"Mak sayang kamu macam anak sendiri. Jadi tolong jangan berpisah dengan Baekhyun. Tolong. Demi kebaikkan Lily juga."
Kini, Aulia dalam dilema. Haruskah dia bertahan walaupun tiada lagi rasa cinta dalam diri si suami?
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...