Flashback ~
6 Tahun Lalu
Kayuhan basikal semakin laju. Selaju jantungnya yang berdegup kencang ketika itu. Lagi 5 minit sebelum pukul 5 petang. Matilah kalau dia lambat sampai ke rumah.
Setibanya Aulia di rumah, kelihatan ibunya sudah tercegat di muka pintu sambil berpeluk tubuh.
"Ingatkan dah tak reti nak balik." Ujar ibunya usai Aulia turun dari basikalnya.
"Ada kelas tambahan." Jawab Aulia lalu melangkah masuk ke rumah. Ibunya mengikutnya dari belakang.
"Ehh kamu nak kemana?"
"Tengok ayah."
"Tak payahlah. Kamu masak untuk ibu. Ayah kamu tu memang duduk macam tu je. Tak payah buang masa."
Aulia akur akan arahan itu. Lalu terus menuju ke dapur.
Selepas kematian ibu kandungnya semasa Aulia berusia 8 tahun, ayahnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang janda iaitu, Puan Hani. Sejak dari itu Aulia dibesarkan oleh ibu tirinya.
Layanan diberikan oleh Puan Hani kepada Aulia, amatlah perit untuk dia terima. Puan Hani sering memukulnya jika dia tidak membuat kerja rumah dengan betul. Sebagai contoh, Aulia pernah dirotan akibat pinggan dicucinya itu masih berbaki sisa makanan.
Dia dikurung di dalam pondok kecil semalaman akibat pulang lambat ke rumah, dia dilibas dengan penyangkut baju akibat tidak memasak. Segala parut itu bukan hanya berbekas pada badannya, malahan di hatinya juga.
Setelah umur Aulia menjangkau 16 tahun, Puan Hani sudah kurang memukulnya, sebaliknya kata-kata makian pula yang keluar dari mulut wanita itu.
Sejak ayahnya lumpuh akibat kemalangan, dialah yang menjaga makan dan minum. Nak harapkan Puan Hani, memang kebuluran lah ayahnya nanti.
"Nak bawa kemana nasi tu?" Soal ibunya apabila melihat Aulia membawa semangkuk bubur.
"Nak bagi ayah. Dari tadi lagi dia belum makan."
"Ibu dah bagi tadi. Tapi dia muntahkan semula. Eee susah betul lah jaga orang tua ni. Bila lah nak mampus!" Rungut Puan Hani.
"Ibu! Kenapa doakan ayah macam tu. Cubalah doa supaya ayah cepat sempuh. Lagi baik!" Tegur Aulia dengan geram. Lalu dia melangkah pergi.
🍂
Kaki melangkah masuk dengan perlahan di dalam bilik kecil itu. Kelihatan ayah Aulia sedang baring di atas katil. Kaku.
"Ayah, Aulia bawakan bubur. Makan ye." Aulia duduk di sisi katil.
"Anak ayah dah..makan?" Soal lelaki itu lemah. Aulia melihat mata ayahnya sudah berkaca.
"Belum lagi. Hmm kita makan sama-sama ye ayah." Aulia menyuapkan bubur ke mulut ayahya itu sambil tersenyum kecil.
"Macam mana sekolah?"
"Penat sikit. Kelas tambahan setiap hari." Aulia memuncungkan bibirnya.
"Ibu tak..marah?"
![](https://img.wattpad.com/cover/209585153-288-k66447.jpg)
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...