55

782 39 3
                                    

"Tak payah drive hari ni. Saya hantar." Kata Baekhyun sambil tersenyum.

Sudah lama Aulia tidak melihat senyuman seperti itu. Inilah Baekhyun yang dia pernah kenal dahulu. He's back.

Aulia tersenyum dan mengangguk perlahan lalu mengikut Baekhyun dari belakang.

Setibanya di kereta, mereka melihat Lily sudah tercegat di situ.

"Papa dan ibu apa dekat dalam? Lily dah lambat ni!" Bebel Lily yang kini sudah pun memasuki darjah 2.

"Okay jom!" Ujar Baekhyun lalu segera melulu masuk ke dalam kereta.

🍂

Selepas 30 minit perjalanan dari rumah. Mereka sudah tiba di hadapan sekolah.

Aulia membuka tali pinggang keledar lalu bersedia untuk turun dari kereta sebelum hujung bajunya ditarik perlahan.

Dia berpaling.

"Sebelum pergi kerja, kena salam suami dulu." Usik Baekhyun sambil tersenyum nakal.

Aulia melepaskan tawa kecil lalu menghulurkan tangannya.

Tangannya dan Baekhyun bersentuhan. Aulia terasa sebak entah kenapa. Sudah lama dia tidak bersalaman dengan suaminya itu. Dia rindu saat itu.

Tangan Baekhyun dicium perlahan. Apabila kepalanya diangkat dia melihat Baekhyun sedang merenungnya.

"EHEM!" Lily berdeham untuk mengalihkan perhatian.

Mereka berdua tersentak.

"Dah lambat ni. Ibu, jom?"

"Ohh ok..jom! Haa Lily, salam papa dulu." Ujar Aulia sebelum turun dari kereta.

"Alamak lupa. Papa nak salam hihi."

Baekhyun menggeleng kepalanya, rambut puteri kecil itu diusap lembut.

🍂

"Aww dah nampak babybump!!" Jerit Erina teruja apabila melihat perut kecil Aulia kini sudah kelihatan.

Aulia tersenyum melihat perubahan positif itu. Dia bersyukur kerana keadaanya kini lebih baik. Ditambah pula Baekhyun sudah boleh menerima kandungan itu membuatkan dia lagi bahagia.

"Dah berapa bulan weh?"

"Nak masuk 4 bulan" Aulia tersenyum sambil mengusap perutnya.

"Hmm Baekhyun macam mana? Dia dah boleh terima?"

"Dia happy sangat."

"Seriously? Bukan dia marah ke?"

"Dia dah okay."

"But how?"

"Aku pun masih tertanya-tanya macam mana dia boleh terima aku semula. Like secara mengejut perangai dingin dia totally bertukar jadi baik sampai dia boleh peluk aku."

"OMG. SWEET GILA!"

"Yes. Aku harap dia stay macam tu sampai bila-bila. Aku dah taknak kehilangan sisi Baekhyun yang itu."

🍂

Setibanya di rumah. Aulia meletakkan barang-barangnya di ruang tamu lalu segera meluru ke dapur.

"Awak nak buat apa tu?" Tegur Baekhyun tatkala melangkah ke dapur.

"Saya nak masak. Awak naiklah dulu. Mandi, tukar baju. Lepas tu turun makan ye." Balas Aulia. Tangannya sedang sibuk mengeluarkan bahan-bahan dari peti sejuk.

"Eh sayang. Tak payah masak. Kita makan luar." Baekhyun cuba menghalang Aulia.

"Takpa. Saya boleh masak." Aulia tersenyum kecil sambil melihat Baekhyun.

"Tapi awak penat. Dah lah tengah pregnant. Dah!Dah! Pergi berehat."

"Baekhyun...~"

"Kalau awak tak suka makan luar. Saya boleh masak. Sekarang naik atas, berehat." Arah Baekhyun sambil memuncungkan bibir kecilnya itu. Comel.

Aulia terpaksa mengalah apabila Baekhyun sudah mula menunjukkan aksi comel di hadapannya. Perangai Baekhyun ni sometimes unpredictable betul lah.

🍂

Aulia menutup perlahan pintu bilik Lily. Seperti biasa usai tidurkan Lily dia segera naik ke bilik untuk tidur.

Tatkala kaki melangkah masuk ke bilik. Jantung Aulia hampir gugur apabila melihat Baekhyun sedang duduk di atas kerusi di sisi bilik.

"Erk awak buat apa dekat sini?"

"Salah ke suami awak nak tumpang tidur sini?"

"Tidur?" Mata Aulia membutang. Biar betul Baekhyun ni?

"Ye. Lagipun dekat luar tu hujan."

Apa kaitan pula hujan dengan tidur dalam bilik aku ni? Bisik hati Aulia.

"Boleh tak?"

"Huh?"

"Saya nak tidur sini malam ni?"

"Hmmm..."

Belum sempat Aulia memberi jawapan, Baekhyun sudah menghempaskan tubuhnya ke katil empuk itu.

Aulia terkejut dengan tindakan Baekhyun itu lalu dia segera mengutip bantal-bantalnya.

"Eh nak bawa pergi mana tu?" Soal Baekhyun.

"Awak tidur atas katil. Saya boleh tidur atas lantai ni."

Bingkas Baekhyun bangun dan turun mendekati isterinya yang sedang menyusun bantal.

"Aulia Nasuha, awak tidur atas katil. Biar saya tidur sini."

"Eh takpe, saya boleh-"

Dalam sekelip mata Aulia terasa badannya diangkat dan diletak di atas katil.

"Tidur sini ok? Kesian baby dalam perut tu." Ujar Baekhyun lalu tersenyum kecil.

🍂

Bunyi kilat sabung-menyambung, putaran angin juga semakin kuat menyebabkan Aulia terjaga dari tidur.

Dia melihat jam di dinding. Baru pukul 2 pagi.

Aulia tergerak hati untuk menjeguk Baekhyun yang sedang tidur di atas lantai. Namun tiada.

Baekhyun pergi mana?

Takkan merajuk terus balik bilik?

Mata meliar mencari bayang suaminya itu sehinggalah hujung matanya tertangkap pada sosot tubuh seseorang di hujung bilik.

Kelihatan Baekhyun sedang duduk di situ. Badannya dibalut dengan selimut. Dia nampak mengiggil dan takut..

Aulia perlahan mendekati.

"Baekhyun..?"

Tiada respon.

"Baekhyun..awak ok ke?" Bahu Baekhyun disentuh perlahan.

Dengan perlahan mata Baekhyun terbuka. Dia melihat ke arah Aulia dengan lemah.

"Ki..kilat..saya..takut.." Baekhyun membuka mulut. Bibirnya mengiggil dengan teruk sekali.

Mungkin ini sebablah, Baekhyun ingin tidur di sini. Aulia kenapa kau layan suami kau macam ni?!

"Baekhyun.." Aulia menarik Baekhyun dalam pelukan. "Tenang. Saya ada dekat sini. Awak selamat." Aulia menenangkan Baekhyun.

Baekhyun memejam matanya perlahan. Kepalanya direhat ke dada Aulia. Nafas kedengaran laju tadi sudah mula berkurang. Tangannya yang mengiggil juga sudah mula surut.

Dia berasa lebih selamat dan tenang di dalam pelukan isterinya, Aulia Nasuha.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now