38

591 33 2
                                    

Hello Byun Baekhyun,

Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk menceritakan sesuatu yang kau tak pernah tahu dan ambil tahu sebelum ini. Apa dia? Kisah silam.

Kau kenal siapa Aulia? Kau tahu asal usul dia? Kau tahu sejarah hitam dia? Kau tak tahu. Kau terlalu bodoh untuk tahu semua tu, Baekhyun.

Kau tahu tentang latar belakang keluarga Aulia? Kau mesti tak tahu bukan? Baiklah, Aulia anak tunggal. Sejak kehilangan ayahnya, Aulia dibesarkan oleh ibunya seorang diri. Aulia pelajar pintar, tapi sayang..

Aulia pernah terlanjur semasa dia di tingkatan 5 sehingga bunting. Teman lelakinya juga telah lari setelah mengetahui Aulia mengandung anak luar nikah. Demi menutup rasa malu, Aulia membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan itu dan membawa diri ke bandar.

Dari situ dia bertemu dengan kau, Baekhyun. Kau nampak dialah perempuan paling baik dan suci bukan? tapi hakikatnya, dia perempuan kotor dan jijik. Bayangkan bila maruah digadai begitu.

Kalau kau tak percaya. Aku ada sertakan beberapa keping gambar. Ini semasa Aulia tidur dengan teman lelakinya. Jijik bukan? Macam pelacur.

Baekhyun, aku harap kau sedar. Cukup lah diri kau diperbodohkan sebegitu rupa. Aku kesian tengok kau. Tolong lah sedar. Sekian.

- Oh Sehun

Isi surat itu masih berlegar-legar di fikiran Baekhyun.

Baekhyun sedang melihat beberapa kepingan gambar Aulia sedang nyeyak tidur di samping seorang lelaki tidak berbaju. Manakala, badan Aulia pula hanya dibaluti dengan selimut.

Dia tidak pernah terfikir Aulia sebenarnya begitu.

Perempuan lemah lembut, bertutur dengan manis, berpakaian sopan. Rupanya pernah diratah oleh lelaki? Dunia ini memang tidak adil.

Kenapa?!

Kenapa dia bertemu Aulia?!

Mengapa?!

Tok Tok Tok

Ketukan pintu mengejutkan Baekhyun.

"Awak..mari makan. Dari tadi lagi awak tak makan tau. Kesian Lily tunggu awak dekat bawah. Jom." Suara Aulia kedengaran dari luar pintu bilik.

Perasaan amarah itu makin memuncak apabila mendegar suara itu.

"Awak...bukalah pintu ni."

Baekhyun menutup kedua-dua telingannya dengan tapak tangan. Dia memejam mata rapat.

"Tolong lah buang perasaan benci ini. Dia isteri kau, Byun Baekhyun" Gumam Baekhyun.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now