58

789 37 3
                                    

Bola mata Aulia merenung ke dinding dengan pandangan kosong. Air matanya sudah kering dari mengalir. Badannya kini terasa lemah dan tiada tenaga.

"Ibu, bila papa nak keluar?"

Tangan anak kecil itu menyentuh tangan Aulia. Dia menoleh dan melihat mata Lily sudah berkaca.

"Sekejap lagi, sayang. Sabar ye" Pujuk Aulia. Lalu dia menarik bahu Lily dan memeluknya.

"Lily nak papa.."

"Kejap lagi papa keluar ye?."

Ketika itu pipi Aulia terasa basah semula. Dia tidak dapat menahan tangisan itu lagi. Penat diri ini cuba memujuk untuk tidak memangis namun gagal.

Bunyi derap kaki mengalihkan perhatian Aulia. Dia berpaling dan melihat Puan Byun sedang berjalan menuju ke arahnya dengan cemas.

"Baekhyun mana?" Soal Puan Byun usai duduk di sebelah Aulia.

"Dia ada dekat dalam lagi"

"Hmm, sakit dia datang lagi ye?"

Aulia sekadar mengangguk perlahan. Kepalanya ditunduk sedikit. Bibir bawah pula digetap kuat.

"Aulia taknak kehilangan Baekhyun, mak. Cukup lah Aulia dah pernah kehilangan ibu dan ayah."

"Aulia..Baekhyun perlukan kekuatan sekarang. Dan kamulah kekuatan dia. Kamu tak boleh lemah, nanti dia lagi sakit. Tolong kuat ye,sayang."

"Aulia tak boleh. Bila tengok keadaan dia macam tu, Aulia rasa lagi down"

Tekak Aulia mula terasa perit, pipinya membahang. Matanya sudah kemerahan.

"Ibu, jangan lah nangis~~" Lily mencelah. Anak kecil itu tidak sanggup melihat keadaan Aulia ketika itu.

"Aulia, kamu kuat. Mak tahu!" Kedua tangan Puan Byun mengenggam kemas tangan Aulia.

🍂

"Berdasarkan pemeriksaan, keadaan suami puan semakin teruk."

Aulia hampir rebah apabila mendengar kenyataan dari doktor itu. Dia mengharapkan berita baik, tetapi berita buruk pula yang datang.

"Teruk..?"

"Dalam kes ini apabila saiz kanser bertambah, tiada ruang lagi untuk otak membesar. Ini menyebabkan tekanan di dalam tengkorak meningkat dan menyebabkan beberapa simptom seperti muntah dan sakit kepala. Itulah yang berlaku kepada suami puan."

"Takkan seteruk itu? Dia sihat saja." Ujar Aulia sambil melepaskan tawa kecil. Masih tidak percaya apa yang diperkatakan.

"Puan nampak dia sihat. Hakikatnya tidak. Dia dah tak boleh berjalan lagi"

"Dia lumpuh ke?" Mata Aulia membulat.

"Betul. Ini kerana ketumbuhan yang berlaku dibahagian cerebellum boleh menyebabkan lemah dan ketidak seimbangan semasa berjalan."

Aulia menerkup mulutnya. Air mata mengalir lagi. Kali ini semakin deras. Badannya juga semakin lemah. Ditambah pula keadaannya yang semakin sarat itu.

"Doktor..kalau buat pembedahan macam mana? Buang tumor tu?"

"Itu saya tak berani jamin. Kerana ada risikonya. Dan peluang untuk tidak dapat diselamatkan amatlah tinggi, kerana tumor itu sudah merebak."

Peluang Baekhyun untuk hidup semakin tipis.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now