63

931 45 13
                                    

Suasana di Taman Tema meriah dengan jeritan dan hilai tawa pengunjung. Aulia sedang duduk di bangku sambil menikmati ais krim berperisa strawberi.

Senyumannya terlakar di bibir apabila melihat bayang Lily berlari sambil memimpin adiknya, Ryan.

"Ibu, Ryan muntah tadi." Ujar Lily dalam keadaan panik seraya berdiri di hadapan Aulia.

"Eh kenapa??"

"Dia pening sebab kuda tu berpusing-pusing."

Aulia ketawa kecil lalu melihat wajah Ryan sudah pucat. Rambut lurus Ryan diusap lembut.

"Aduhai Ryan ni. Ibu dah pesan tadi, jangan naik Merry-Go Round tu..nak juga main." Bebel Aulia lalu menarik tangan anak bongsunya untuk duduk di atas riba. Selang beberapa minit Ryan sudah lena di dalam pelukan Aulia.

"Kalau papa ada sekarang mesti seronok." Lily membuka mulut dengan tiba-tiba. Aulia menoleh ke arah Lily. "..mesti dia seronok sebab ada geng penakut macam dia." Lily melepaskan tawa sambil melihat Ryan yang sedang nyeyak tidur di atas pangkuan Aulia.

"Ibu minta maaf. Kalau ibu tak muncul dalam hidup kamu sekeluarga, sudah pasti papa masih-"

"Ibu..." Lily memegang tangan Aulia. "Ibu tak salah apa pun. Ibu sudah banyak berkorban untuk papa. Lily tak tahu nak balas jasa ibu macam mana, tapi Lily bersyukur sangat ibu hadir dalam hidup kami." Lily terdiam seketika. Matanya sudah berkaca tetapi bibir masih terukir senyuman kecil. "Terima kasih ibu sebab ada dengan papa." Air mata Lily jatuh tanpa sedar.

🍃

Dalam kejadian 4 tahun lepas, Puan Hani dan Sehun telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati akibat membunuh dengan niat. Sebelum Sehun dijatuhi hukuman gantung, dia sudah mengaku bahawa dialah punca ayah Aulia meninggal. Hampir gila juga Aulia menerima khabar itu. Satu persatu insan dalam hidupnya pergi dalam sekelip mata. Makan masa juga untuk Aulia terima kenyataan.

Tahun berganti tahun, akhirnya Aulia redha akan pemergian itu. Dia sudah menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang guru dah ibu tunggal. Dia harus kuat untuk anak-anak.

Tambahan pula dengan kehadiran Ryan sedikit sebanyak terubat rindunya pada Baekhyun. Wajah anak kecil ini tidak ubah seperti bapanya. Dari mata, hidung, mulut dan perwatakan sangat menyerupai Baekhyun.

Bagi Aulia, walaupun Baekhyun sudah tiada di sisi, tetapi memori itu masih tersimpan dan dia tak akan pernah lupa sampai bila-bila.

Terima kasih kerana hadir di dalam hidup ini walaupun untuk seketika. Ia cukup bermakna buat insan bernama Aulia Nasuha.

"I love you, Byun Baekhyun."

Tenanglah di sana.

TAMAT

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now