37

594 35 0
                                    

Baekhyun sedang sibuk menyiapkan Laporan Audit untuk syarikatnya. Fail di hadapan dibelek satu persatu. Dokumen di dalam komputer disemak dengan teliti. Sibuk betul dia hari ini.

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan pintu memecah suasana.

"Ye, masuk." Jawab Baekhyun. Matanya masih fokus pada skrin komputer.

"Bos, ada seseorang ingin berjumpa dengan bos." Ujar pembantu Baekhyun selepas melangkah masuk.

"Siapa?"

"Hmm dia kata, kawan baik bos."

Baekhyun mengerutkan dahinya.

"Ok, suruh dia masuk."

Selang beberapa minit, seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Baekhyun.

"Kita jumpa lagi, Byun Baekhyun"

"Sehun?"

"Ye betul, aku Sehun. Dah lupa?"

"Eh takda lah. Cuma..macam mana kau tahu pejabat aku ni?"

"Kau ada bagi aku business card hari tu. Lupa lagi?"

"Oh ye! Hahaha maaf lah, lately banyak benda aku tak ingat." Baekhyun melepas tawa kecil. "So apa hajat kau datang ke mari?"

"Ini..." Sehun meletakkan sampul surat di atas meja. Baekhyun melihat ke arah sampul tersebut kemudian ke arah Sehun.

"Apa ni?" Soal Baekhyun tertanya-tanya.

"Balik nanti. Buka." Balas Sehun sambil tersenyum sinis kemudian dia berlalu pergi.

🍂

Cahaya lampu kereta memasukki ruang rumah. Aulia bingkas bangun dari sofa dan berjalan menuju ke pintu utama. Setelah 3 bulan berkahwin, kali ini barulah dia ada masa untuk menyambut kepulangan suaminya itu.

"Awal awak balik hari ini." Ujar Aulia seraya Baekhyun melangkah masuk ke rumah.

Namun, Baekhyun tidak mengendahkannya. Aulia seperti tidak wujud. Aulia mula rasa sesuatu tidak kena lalu dia mengikut Baekhyun dari belakang.

"Awak okay?" Baekhyun masih diam. Dia terus naik ke tingkat atas.

Ada yang tak kena ke? Kenapa tiba-tiba dia bad mood? Sepanjang mereka berkahwin Baekhyun tak pernah lagi bersikap begini.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now