Tangan kanan dan kiri Aulia membawa beg plastik penuh dengan bahan-bahan berisi barang dapur. Memandangkan cuti sekolah pun sudah bermula, dia ingin habiskan banyak masa di rumah. Inilah masa untuk dia berehat.
"Papa! kami dah balik!!" Laung Lily tatkala dia melangkah masuk ke rumah bersama Aulia.
"Hey dah balik~" Sambut Baekhyun sambil tersenyum."Lily pergi mandi dulu ye. Sekejap lagi kita makan bersama." Arah Baekhyun lalu matanya terus melihat ke arah Aulia. "Kita ada tetamu."
"Tetamu? Si..-"
"Hi Aulia Nasuha" Genggaman beg plastik tadi terus terlepas dari tangan Aulia apabila dia melihat Oh Sehun berdiri di hadapannya.
"Sepupu awak ni kata, dia saja nak datang melawat awak dekat sini." Baekhyun mencelah.
"Sepupu...?" Gumam Aulia. Matanya tidak berganjak melihat Sehun.
Sehun sekadar mengangkat kening. Senyuman sinis terpalit.
🍂
"Kecil betul dunia ni..." Suara Sehun datang menyengah dari belakang. Aulia ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur terus terpaku.
"...akhirnya kita dipertemukan semula." Bisik Sehun. Cuping telinga Aulia terasa hembusan nafas. Jarak Sehun kini semakin dekat dengannya.
Aulia memejam mata rapat. Dia tidak berani untuk berpaling.
"Sehun, balik lah" Rayu Aulia.
"Baiklah. Saya akan balik selepas selesai satu misi."
"Cukup lah dengan misi mengarut awak tu! Balik!" Kali ini Aulia menoleh ke belakang. Matanya melihat tepat ke mata Sehun.
Sehun menggeleng sambil tersenyum.
"Tak cukup ke awak dah rosakkan hidup saya dulu? Kali ini awak nak rosakkan apa pula?" Mata Aulia berkaca. Tekaknya terasa pedih untuk berkata-kata.
"Rumahtangga awak." Sehun tersenyum puas.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...