Aulia mengambil angin luar seorang diri. Kejadian tadi masih berbaki di difikirannya. Dia tidak berniat untuk menyakiti hati Baekhyun. Tidak sama sekali. Cuma pengalaman pahit itu tiba-tiba saja datang kembali membuatkan Aulia takut.
"Ibu~" Suara Lily datang dari arah belakang. Aulia mengesap air matanya dengan cepat. Lalu menoleh ke belakang sambil tersenyum.
"Ibu buat apa dekat sini? mana papa?"
"Papa dekat atas, sekejap lagi dia turun." Balas Aulia sambil membelai lembut rambut puteri kecil itu. "Lily pergi mana tadi?"
"Lily pergi rumah nenek dekat depan sanaaaa" Lily memuncungkan mulutnya untuk menunjuk arah.
"Ohh teacher..eh maaf, ibu tak tahu pula nenek kamu tinggal berdekatan sini."
"Berbual apa tu?" Suara Baekhyun mengalihkan perhatian kami.
"Lily cakap dekat ibu, rumah nenek dekat sini je. Nanti kita bawa ibu pergi jumpa nenek ye?" Balas Lily dengan petah.
Aulia hanya mendiamkan diri. Matanya hanya melihat tanaman di depan.
"Baiklah. Nanti papa bawa. Sebelum tu Lily pergilah bermain. Papa nak berbual dengan ibu sebentar." Lily mengangguk dan pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
Baekhyun melabuhkan punggung di sebelah Aulia. Dia memastikan jarak mereka tidaklah terlalu dekat kerana khuatir Aulia tidak selesa.
"Sorry.." Itulah perkataan yang keluar dari mulut Baekhyun.
Disebabkan dia tidak menerima sebarang respon dari Aulia, Baekhyun menyambung semula.
"Awak mungkin tak biasa dengan kehidupan baru ini. Saya faham, awak perlukan masa. Dekat tingkat 2, ada satu bilik tetamu nanti awak-"
"Baekhyun.." Aulia mencelah dengan tiba-tiba. "Awak tahu kenapa pada mulanya, saya susah nak terima lamaran awak?"
Baekhyun melihat ke arah Aulia yang sedang tunduk melihat rumput.
"Saya takut..takut awak tak boleh terima siapa saya yang sebenarnya."
"Apa maksud awak?"
"Saya dah tak...-"
"PAPA!! ADA LIPAS DEKAT SINI!!"
Belum sempat Aulia meneruskan ayatnya, suara Lily kedengaran dari dalam rumah. Bingkas Baekhyun berlari masuk.
"Mungkin belum tiba masanya untuk Baekhyun tahu siapa aku" Bisik Aulia, lalu airmatanya mengalir perlahan ke pipi.
![](https://img.wattpad.com/cover/209585153-288-k66447.jpg)
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
ФанфикTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...