Cuti pertengahan sekolah sudah pun tamat. Aulia kembali semula bertugas seperti biasa. Sudah 2 minggu dia bergelar seorang isteri. Hubungan dia dan Baekhyun baik saja. Apatah lagi Baekhyun suka menyakatnya sejak insiden dia tertidur dalam bilik suaminya tempoh hari. Baekhyun ada mempelawa Aulia untuk tidur sebilik, tetapi Aulia masih menolak. Syukur Baekhyun memahami.
"Hari ni tak payah drive. Saya hantar."
"Eh bukan awak dah lambat ke?"
"Saya minta half day dekat bos. Nak hantar wife" Baekhyun tersenyum lalu membuka pintu kereta untuk Aulia.
"Rajinnya.." Ujar Aulia. Lalu melangkah masuk.
"Papa tunggu!!" Lily berlari anak. Sebelah tangannya membawa botol air, manakala sebelah lagi membawa buku latihan.
"Slow down, papa tak tinggal anak kesayangan papa ni."
🍂
"HAHAHAHAHAHA" Erina tergelak besar apabila mendengar cerita dari Aulia.
"Shhh. Kau ni kalau ketawa memang nak bagi satu dewan makan ni dengar kan?"
"Opss sorry, tapi kelakar lah. Macam mana kau boleh terpeluk Baekhyun?" Erina mengelap air matanya, kerana ketawa terlalu banyak.
"Entah lah. Aku pun tak sedar apa yang aku buat. Like tiba-tiba je aku dah ada dalam bilik dia." Keluh Aulia sambil berpeluk tubuh.
"Tulah balasan taknak tidur dengan suami"
"Kau ni tak habis-habis dengan topik tu."
"Ok lah, aku stop." Erina kembali serius. "Kau mimpi apa pula kali ni?"
Aulia melihat ke arah Erina lalu membuka mulut untuk bercerita.
"Aku mimpi Baekhyun kena tikam. Orang yang tikam dia tu..aku kenal."
"Siapa?"
"Bekas teman lelaki aku."
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...