22

703 48 4
                                    

Dengan sekali lafaz, Aulia Nasuha sah menjadi isteri kepada Byun Baekhyun. Dia rasa bersyukur walaupun pelbagai ujian yang datang tetapi akhirnya mereka bersatu jua. Bersatu demi puteri kecil Baekhyun, Lily.

Majlis itu berlangsung secara sederhana. Hanya kenalan rapat sahaja yang hadir.

Di majlis akad nikah itu, Baekhyun begitu segak dalam mengenakan sepasang baju melayu putih berserta songkok. Manakala Lily pula begitu manis berbaju kurung berwarna peach.

Aulia seakan tidak percaya. Dua insan dihadapannya kini telah menjadi sebahagian dalam hidupnya.

Matanya mula berkaca menahan rasa sebak itu.

Aulia melihat Baekhyun dan Lily berjalan ke arahnya sambil berpimpingan tangan. Lalu,Lily meleraikan pegangan Baekhyun dan berlari ke arah Aulia.

"Ibu!!" Jerit Lily. Aulia berasa janggal mendengar panggilan itu buat pertama kali.

"Lily, jangan lah excited sangat aishh" Tegur Baekhyun sambil menggelengkan kepala.

"Alaa papa jealous Lily dapat peluk ibu. Lily nak peluk puas-puas!" Lily menjelirkan lidahnya lalu memeluk Aulia dengan kemas hingga menyukarkan Aulia untuk bernafas.

Aulia melepaskan tawa melihat telatah Lily itu.

"Siapa kata tak boleh peluk? Papa & ibu sudah sah menjadi suami isteri. Bila-bila je boleh peluk tau. Ujar Baekhyun sambil memberikan jelingan nakal ke arah Aulia.

Aulia menunjukkan isyarat 'penumbuk' ke arah Baekhyun.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang