48

805 41 7
                                    

Selepas 3 hari berada di hospital, kini Baekhyun sudah boleh pulang ke rumahnya. Kesihatannya kini sudah beransur baik namun masih di bawah pantauan doktor.

"Saya boleh jaga diri saya sendiri. Tak perlu kot perempuan tu datang ke sini." Kata Baekhyun usai dia melangkah masuk ke biliknya.

"Baekhyun. Kamu cakap apa ni? Aulia tu isteri kamu. Itu sudah jadi tanggungjawab dia." Balas Puan Byun. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi sofa lembut itu.

"Tanggungjawab? pfhh habis tu anak dalam perut tu?"

"Aulia..men-mengandung?" Bibir Puan Byun melirik satu senyuman gembira.

"Ya, tapi bukan anak saya."

Riak wajah Puan Byun terus berubah.

"Habis tu anak siapa pula kalau bukan anak kamu?"

🍂

Selepas seharian berada di hospital, barulah Aulia terasa penatnya. Badannya semakin lemah. Hendak bangun pergi ke dapur pun tidak larat.

Aulia baring di atas kerusi sofa itu. Matanya dipejam. Perut diusap perlahan.

"Haaa bohong! Tak cukup ke kau pernah terlanjur dulu. Kali ni, kau nak kata terlanjur juga? pfhh berapa anak haramlah kau pernah kandung sebelum ni eh?"

Suara Baekhyun terngiang dalam fikirannya. Pantas matanya dibuka. Dia melihat sekeliling. Kelihatan Lily sedang duduk di atas karpet sambil melihat ke arahnya dengan hairan.

"Hmm ibu okay?" Soal Lily.

"Huh?" Mata Aulia terkebil-kebil. Dia mengangkat badannya perlahan lalu duduk menghadap Lily. "Ohh ibu okay. Ibu cuma..penat."

"Ibu pergi lah berehat. Kesian ibu."

Aulia hanya tersenyum kecil. Tiba-tiba tekaknya berasa tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang ingin keluar dari mulutnya.

Lantas Aulia berlari menuju ke tandas. Kedua-dua tangan menekup mulut. Lily turut berlari mengejar Aulia ke tandas.

BWERKKK!!

"Ibu!! Ibu okay tak ni?" Soal Lily panik.

BWERKKK!!!

Puan Byun ketika itu sedang menuruni tangga, turut terdengar sesuatu dari arah tandas bawah. Pantas dia melulu ke sana dan dia melihat Aulia muntah dengan banyak sekali.

"Aulia!!" Dia menepuk belakang Aulia berulang kali.

"Nenek!! Ibu!!" Mata Lily sudah bertakung.

Selepas beberapa minit, muntah Aulia sudah berhenti. Dia melihat ke arah Puan Byun dan Lily dengan lemah.

Mereka berdua memapah Aulia ke ruang tamu semula. Aulia terbaring layu.

"Kamu dah okay?" Soal Puan Byun, risau.

Aulia mengangguk perlahan. Dia tiada tenaga untuk membuka mulut. Kuat betul alahan mengandung ni.

"Nenek, ibu betul ke okay ni?" Lily tidak senang duduk apabila melihat keadaan Aulia.

"Lily.." Puan Byun mengusap lembut rambut cucunya itu. "Tak lama lagi, Lily akan dapat adik."

"Adik?"

"Ye, ibu kamu mengandung. Sebab tu dia muntah-muntah"

Mata Lily terus bersinar apabila mendengar berita itu. Gembira tidak terkata.

Bola mata Lily beralih melihat Aulia yang sedang lena tidur itu, lalu mengucup pipi gadis itu.

"Rest well, ibu."

🍂

"RM2,000 je?" Dengus Sehun selepas melihat jumlah wang yang diberikan oleh Puan Hani.

"Eh cukup lah tu. Kau nak berapa lagi?"

"RM10,000?"

"Amboi~~ banyak cantik muka kau. Duit aku bagi dekat kau sekarang ni pun hasil dari arwah suami aku tau."

"Tapi saya..perlukan duit lagi. Tolong! Kalau tak mak & ayah saya akan mati."

Puan Hani terdiam sejenak. Dia cuba memikirkan sesuatu.

"Hmm baiklah. Aku akan bagi."

Sehun tersenyum lebar apabila mendengar jawapan itu.

"Tapi misi kali ini sedikit berat lah. Sebab bukan melibatkan nyawa Aulia sahaja.."

"...nyawa siapa..lagi?"

"Byun Baekhyun."

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now