54

729 43 7
                                    

Hari pertama sesi persekolahan 2019 sudah bermula. Rutin harian Aulia juga kembali seperti biasa.

Dia menyusun langkah menuruni anak tangga dengan perlahan lalu menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Hampir seminit juga Aulia termenung di hadapan peti sejuk. Tak tahu nak masak apa.

Masak nasi goreng lah. Simple dan cepat.

Aulia segera menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi. Dia kena cepat ni, kerana pukul 6:30 pagi dia sudah mahu bertolak ke sekolah.

Sedang asyik Aulia memotong sayur, tiba-tiba dia terasa sepasang tangan merangkul pinggangnya dari arah belakang.

Mata Aulia membulat. Pisau di tangan terlepas dari genggaman.

"I'm.." Satu suara seakan berbisik ke telinga Aulia.

"Baek..Baekhyun?"

Baekhyun tidak bersuara. Dagunya ditongkat ke bahu Aulia sehingga Aulia terasa bahang nafas lelaki itu.

"Awak sakit ke? Nak saya ambilkan ubat?"

Aulia cuba berganjak dari situ, namun tangan Baekhyun pantas menarik badan kecil Aulia kemas dalam pelukan.

Aulia tergamam. Dia terasa seperti mimpi. Apa yang berlaku ni?

"I'm sorry.." Baekhyun membuka mulut perlahan.

Kedua tangan Baekhyun leraikan. Bahu Aulia dipegang lalu dipusing mengadap ke arahnya.

Mata mereka saling bertemu.

"Sorry? Awak takda buat salah apa pun. Saya yang patut minta maaf." Ujar Aulia lembut.

"Saya dah dengar semua."

"Huh?"

"Baby dalam kandungan ni..." Tangan Baekhyun menyentuh perut Aulia. Gadis itu tersentak dengan tindakan mengejut Baekhyun. "Anak saya..Anak kita."

Mata Baekhyun sudah berkaca. Bibir bawahnya digetap kuat. Satu senyuman kecil terukir sambil merenung Aulia.

"Sayang.." Tangan Aulia menyentuh pipi kanan Baekhyun. "Dia memang anak kita berdua. Awaklah ayah kepada anak ini. Tiada lelaki lain."

"Saya dah banyak buat salah dekat awak. Saya sebagai seorang suami sepatutnya protect awak tapi end up saya..-"

"Shh boleh tak kita jangan cakap tentang ni lagi?"

Air mata Baekhyun kini mengalir perlahan. Mukanya betukar kemerahan.

Tanpa sebarang kata, Baekhyun menarik Aulia dalam pelukan. Bunyi tangisan Baekhyun kedengaran. Aulia mengusap belakang Baekhyun dengan perlahan bagi menenangkan suaminya itu.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now