Aulia mengemas baju-bajunya lalu diletakkan di dalam beg pakaian. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan rumah itu, namun dia harus akur akan permintaan suaminya itu.
Air mata Aulia berjujuran turun membasahi pipi. Dia tidak mampu menahan rasa perit itu lagi. Dia tak kuat.
Usai selesai mengemas Aulia segera turun ke tingkat bawah. Tatkala tombol pintu dipegang, Aulia terdengar suara Lily sedang memanggilnya.
"Ibu! Ibu nak pergi mana? Dengan beg ni?" Soal Lily. Tangan kanan Aulia dipegang kemas.
Air mata Aulia makin laju mengalir apabila melihat raut wajah puteri kecil itu. Dia tidak sanggup tinggalkan Lily.
"Ibu..."
"Kenapa ibu menangis? Siapa buat ibu?"
"Lily! Biar dia pergi!" Satu suara datang menerpa. Baekhyun sudah berdiri di bucu tangga dengan wajahnya yang bengis.
"Tapi kenapa papa??"Lily makin keliru.
"Lily..Ibu balik kampung sekejap je. Nanti ibu datang balik ye, sayang."
"Lily nak ikut!!"
"Tak boleh. Lily kena teman papa. Nanti bila papa tak sihat, Lily boleh jaga dia." Aulia melihat kearah Baekhyun yang dari tadi memandangnya. Apabila mata mereka bertentang, Aulia terus mengalihkan pandangannya.
"Hmm janji?"
"Ibu janji." Aulia tersenyum. Rambut Lily diusap lembut.
Dengan perlahan Aulia menyusun langkah meninggalkan rumah itu. Dia melangkah tanpa melihat ke belakang, kerana dia tahu jika dia berbuat demikian dia akan lemah.
![](https://img.wattpad.com/cover/209585153-288-k66447.jpg)
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanficTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...