"Saya takkan stop selagi awak tak setuju berkahwin dengan saya."
Kata-kata itu masih terngiang di fikiran Aulia. Dia masih bingung dengan tindakan melulu Baekhyun itu.
Siapa sebenarnya yang hendak mereka berkahwin ni? Adakah Lily atau..Baekhyun sendiri?
"ARGHHHHH" Aulia menjerit dengan sekuat hati.
"Weh kau dah kenapa?" Sergah Erina sambil membawa 2 cawan kopi lalu melabuhkan punggung di sebelah Aulia.
"Aku stress."
"Stress? nah! minum dulu." Secawan kopi diletakkan di hadapan Aulia. "Ni apa kes pula?"
"Dia ajak aku kahwin."
"Siapa?"
"Baekhyun.."
Erina yang ketika itu sedang menghirup air kopi, terus tersedak.
"Wow! Seriously?!"
"Weh aku taknak lah. Aku baru kenal dia. Lagipun dia tak kenal siapa aku."
"Well, kau pernah dengar tak istilah 'Bercinta Selepas Kahwin'? Haa bestkan?"
"Tak. Masalahnya sekarang, betul ke Lily yang suruh aku kahwin atau..Baekhyun?"
"Hmm aku rasa, bapak dia ni. Yelah, mesti dia gunakan anak dia untuk dapatkan kau. Tapi takpa lah. Aku tahu Baekhyun tu baik, kau kahwin je lah dengan dia." Jelas Erina panjang lebar. Aulia hanya mendengar dengan riak kosong.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...