23

660 45 1
                                    

Kaki diatur perlahan melangkah masuk. Inilah kali pertama Aulia menjejakkan kaki ke rumah Baekhyun.

Rumahnya kelihatan besar dan mewah sekali. Setiap ruang dihiasi dengan cantik dan kemas. Tak sangka Baekhyun ada bakat dalam decoration.

"Aulia. Inilah rumah saya dan Lily. Kami duduk berdua sahaja. Takda orang gaji pun." Terang Baekhyun sambil membawa Aulia ke setiap ruang di rumahnya.

Haa? Takda orang gaji?! biar betul.

"Seriously, but macam mana awak handle dengan rumah besar macam ni?"

Baekhyun ketawa kecil.

"Selagi saya mampu, saya buat. Lagipun sekarang saya dah ada isteri, jadi boleh lah dia tolong saya pula."

Aulia memberikan jelingan tajam. Baekhyun hanya melepaskan tawa. Comel betul Aulia ni.

🍂

Sedang ralat Aulia amati perhiasan di rumah itu, tiba-tiba matanya tertangkap pada satu bingkai gambar di atas almari.

Kelihatan satu potret keluarga. Di situ terpapar wajah Baekhyun bersama Lily dan seorang wanita. Cantik orangnya. Mungkin inilah isteri Baekhyun.

Baekhyun pernah bercerita kepada Aulia mengenai ibu Lily. Katanya Lily kehilangan ibunya sejak dia berusia 2 tahun. Puncanya Aulia masih tidak tahu.

"Cantik bukan?" Suara Baekhyun mengejutkan Aulia. Hampir gugur jantungnya. Fuhh semangat.

"Baekhyun..Haa ye cantik sangat. Siapa ni?" Soal Aulia, inginkan kepastian.

"Arwah isteri saya."

"Ohh maaf..Saya-"

"Tak mengapalah" Senyum Baekhyun dengan matanya sedikit berkaca.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now