Flashback ~
"Yah Oh Sehun! Awak nak ulangkaji ke tidur ni?!" Pen di tangan dibaling tepat ke arah Sehun.
"Hmm awak study lah. Saya nak tidur kejap."
Aulia mengeluh sendiri apabila melihat perangai teman lelakinya itu. Hanya berbaki sebulan sahaja menjelang SPM. Dia harus berhempas-pulas belajar.
🍂
Pada malam itu Aulia menghadiri kelas tambahan. Dia ada pelawa Sehun untuk temaninya, tetapi Sehun menolak dengan alasan ada perlawanan futsal. Aihh apa lah nasib ada boyfriend pun busy memanjang.
Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki, Aulia terbunyi satu deruman motosikal. Bunyi itu semakin dekat dan dekat. Aulia tidak berani menoleh, lalu dia berjalan ke hadapan dengan laju.
"Hey Aulia! Ni Sehun lah!"
Langkah Aulia terhenti dengan mengejut. Dia berpaling ke belakang. Aulia berasa lega. Betul lah itu Sehun.
"Bukan awak ada futsal malam ni?"
"Hari ni habis awal. Jom lah saya hantar awak balik."
"Takpa lah. Tak elok kita naik motor sekali."
"Aulia.. awak tahu tak berjalan sesorang ni lagi bahaya?"
"Ye..tapi-"
"Mari.." Sehun menarik lembut tangan Aulia.
Aulia rasa serba salah lalu dia bersetuju.
🍂
"Ini bukan jalan ke rumah saya.." Tegur Aulia. Apabila dia menyedari Sehun membawanya ke jalan berlainan.
"Shortcut." Balas Sehun ringkas.
Aulia terdiam. Dia melihat sekeliling. Semuanya hutan. Aulia mula rasa sesuatu tidak kena.
Selang beberapa minit, Sehun berhenti hadapan sebuah rumah.
"Hmm ini rumah siapa?" Soal Aulia, suaranya mula kedengaran bergetar.
"Rumah saya." Balas Sehun lalu turun dari motor. Aulia turut turun dengan perlahan.
"Sehun! Bukan awak kata nak hantar saya balik?"
"Saya akan hantar awak balik selepas saya selesaikan sesuatu."
"Sesuatu?"
"Mari masuk."
🍂
"Saya kena balik ni. Nanti ibu saya marah pula" Belum sempat Aulia membuka langkah untuk keluar, tangannya ditarik kemas oleh Sehun.
"Awak tidur sini malam ni."
"Huh?" Mata Aulia terkebil-kebil. "Bukan awak kata nak hantar saya balik selepas selesaikan sesuatu."
"Betul. Saya akan hantar awak balik selepas awak luangkan masa dengan saya malam ni." Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu.
"Saya nak balik! Nanti apa pulak orang kata" Aulia cuba meleraikan genggaman Sehun itu namun lelaki itu terlalu kuat untuknya.
"Tiada siapa pun tahu kita berdua dekat sini" Genggaman Sehun semakin kuat.
"Sehun, lepaskan. sakit"
"Maaf, tidak untuk malam ini ."
🍂
Kejadian malam itu telah meragut maruah Aulia Nasuha. Dia telah diperkosa oleh Oh Sehun tanpa belas kasihan.
Rupanya hubungan yang dibina selama setahun itu hanyalah sia-sia. Aulia terlalu bodoh kerana percayakan Sehun. Dia tidak sedar Sehun hanya mempergunakannya untuk memuaskan nafsu.
Aulia Nasuha,
Kau bukan sahaja hilang cinta, malah
maruah kau turut hilang.
Kau kotor.Tamat Flashback ~
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...