Puan Byun melangkah masuk ke bilik anaknya, Baekhyun. Kelihatan bilik itu sangat gelap tambahan pula dengan langsir yang ditutup rapat sehingga cahaya matahari tidak dapat menembusi masuk.
Langsir itu kemudiannya ditarik. Hampir mahu pengsan Puan Byun dibuatnya apabila melihat Baekhyun terbaring layu di atas lantai dengan dikelilingi pil-pil betaburan.
"Baekhyun!" Puan Byun terduduk. Dia mendekati Baekhyun lalu menepuk perlahan pipi anaknya itu.
Tiada respon.
Muka Baekhyun makin pucat, bibir juga sudah kebiruan.
Puan Byun mula panik.
🍂
"Teruk betul morning sick kau ni"
Kata Erina sambil meletakkan segelas air putih di hadapan Aulia.
"Aku dah biasa."
Balas Aulia. Lalu gelas air tadi dicapai. Air diminum untuk basahkan tekak.
"Baekhyun dah tahu?"
Aulia mengeleng.
"Baik kau bagi tahu dia. Yelah mesti hati dia sejuk semula bila dapat tahu kau mengandung."
Belum sempat Aulia membuka mulut, telefon di atas meja berdering. Telefon dicapai lalu dia melihat satu nombor yang dia tidak kenali terpapar di skrin.
Aulia menekan butang hijau dengan perlahan dan menjawab.
"Hello..?"
"Aulia..ini mak"
Aulia tergamam apabila mendengar suara itu. Kendengaran nafas berat Puan Byun seperti ada sesuatu tidak kena.
"Ohh mak. Ada apa tel-"
"Datang hospital. Sekarang!"
"Eh kenapa mak? Apa yang berlaku ni?"
"Baekhyun tak sedarkan diri. Dia ada dekat hospital sekarang. Cepat datang! Mak tunggu."
Kemudian talian dimatikan dengan tiba-tiba.
Air mata Aulia mula bergenang.
"Weh kenapa?" Soal Erina di hadapannya.
"Baekhyun...."
"Kenapa dengan Baekhyun?"
"Dia...Dia tak sedarkan diri"
Akhirnya air mata Aulia jatuh. Dia belum bersedia untuk lalui semua ini. Baginya ini terlalu awal. Terlalu awal untuk Baekhyun pergi..
selamanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/209585153-288-k66447.jpg)
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...