49

709 43 4
                                    

Syukur pagi ini morning sickness Aulia tidaklah terlalu teruk. Dia masih boleh menyediakan sarapan untuk suaminya dan Lily.

Selepas selesai memasak, Aulia mengatur langkah naik ke tingkat atas. Hari ini Baekhyun sudah boleh bekerja seperti biasa.

Tatkala kaki bertapak di hadapan pintu bilik Baekhyun, Aulia menjadi kaku. Dia risau tindakannya itu membuatkan Baekhyun marah.

Aulia menarik nafas dalam-dalam, lalu dilepas lembut. Tombol pintu dipulas dengan cermat. Aulia melangkah masuk ke bilik Baekhyun dan terus menuju ke katil.

Kelihatan Baekhyun sedang lena dibuai mimpi. Aulia duduk dengan perlahan di sisi Baekhyun. Wajah berbentuk bulat suaminya itu ditenung.
Dia nampak tenang apabila tidur. Wajahnya persis bayi. Comel.

"Awak, bangun.." Bahu Baekhyun digoyang sedikit.

Mata Baekhyun masih dipejam rapat.

"Hmm awak, dah lambat ni. Awak kena pergi kerja hari ni."

"Diam lahhh" Baekhyun bersuara secara mengejut. Matanya masih pejam.

"Awak, dah pukul 8-"

"KAU BOLEH BERAMBUS TAK?!" Baekhyun lantas bangun. Mata sepetnya melihat Aulia dengan pandangan tajam. "AKU BOLEH BANGUN SENDIRI!. KELUAR!"

Tanpa sebarang kata, Aulia bangun dan melangkah keluar. Air mata yang ditahan sejak tadi kini jatuh.

🍂

"Baekhyun, mari makan dulu." Pelawa Aulia apabila nampak kelibat Baekhyun turun dari tangga.

"Aku dah lambat. Kau makan lah."

"Kalau awak tak sempat makan, saya boleh bawakan bekal."

"Kau ni tak faham bahasa ke? Tak payah susahkan diri kau buat semua ni. Aku tak suka."

Ujar Baekhyun dengan nada tinggi dan kemudian melangkah keluar dengan begitu saja.

"Berapa lama dia nak benci aku?" Bisik Aulia.

🍂

Tepat jam 11 malam, Baekhyun baru balik dari kerja.  Hari ini, merupakan hari terlalu sibuk buatnya hingga menyebabkan kepalanya terasa sakit semula.

Baekhyun membuka pintu utama dengan perlahan. Apabila kaki melangkah masuk, Baekhyun lihat keadaan di dalam rumah begitu gelap dengan hanya bertemankan lampu di meja kecil.

Dia membuka suis lampu. Kemudian matanya tertangkap pada sesuatu.

Aulia sedang tidur di atas sofa di ruang tamu.

Baekhyun berjalan menghampiri Aulia. Derap kaki diatur supaya tidak menghasilkan bunyi.

Melihat pada raut wajah Aulia, dia nampak penat dan pipinya juga basah seperti baru lepas menangis.

Baekhyun duduk di tepi sofa. Baju kodnya dibuka lalu diselimut ke badan kecil isterinya. Helaian rambut Aulia diusap lembut.

"Sorry."

Satu kata yang penuh makna keluar dari mulut Baekhyun. Wajah isterinya itu ditenung dengan rasa serba salah.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now