53

720 40 9
                                    

Baekhyun cuba melelapkan matanya namun gagal. Dia memusingkan badan ke kanan dan ke kiri. Semua serba tidak kena.

Wajah Aulia kini muncul dalam fikirannya. Bagaimana gadis itu merayu di hadapannya sambil menitiskan air mata.

Namun Baekhyun begitu ego untuk mengalah dengan perasaan sendiri.

Disebabkan tidak boleh tidur, Baekhyun mengambil keputusan untuk turun pergi ke dapur.

Apabila sampai di tingkat bawah dia ternampak Aulia sedang duduk ruang tamu. Kelihatan dia seperti sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

"Kau tak penat ke buat kerja macam ni, Sehun?"

Langkah Baekhyun terhenti apabila mendengar nama itu. Baekhyun cuba memasang telinga dari jauh.

🍂

"Cukup lah kacau hidup aku. Kita dah takda apa-apa hubungan lagi."

Sehun hanya melepaskan tawa besar di dalam talian.

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Aku nak..kau."

"Cukup lah. Kau dah fitnah aku macam-macam, sampai Baekhyun dah tak percayakan aku lagi. Sehingga sekarang dia masih ingat kandungan dalam perut ni bukan anak dia."

"Well, Baekhyun tu bodoh. Dia lagi percayakan orang luar dari isterinya sendiri. Suami jenis apa ni?"

"Baekhyun tak bodoh. Kau yang bodoh. Kau sanggup rogol aku untuk dapatkan duit bukan? Dan sekarang ni apa yang kau buat semuanya sebab duit bukan? Kau bodoh Sehun. Kau hanya nak duit."

Luah Aulia dalam nada sedikit sebak. Dia menekup mulutnya dengan tapak tangan supaya bunyi tangisan itu tidak kedengaran kuat.

"Kau tahu..?" Soal Sehun sinis.

"Pfhh, kau dah komplot dengan ibu aku. Aku tahu ibu tiri aku itu bukanlah orang baik sangat. Jadi tak mustahil dia boleh buat apa sahaja untuk musnahkan hidup aku."

"Aku merayu Sehun. Tolong pergi jauh dari hidup aku. Tolong."

Rayu Aulia. Dia sudah penat untuk hadap semua itu. Dia hanya mahu Sehun berhenti dari buat kerja bodoh itu.

🍂🍃

Nota : Short update. Get ready untuk next chapter. Akan ada banyak lagi gula akan tumpah.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now