45

606 37 5
                                    

Aulia berlari anak di ruang legar hospital itu. Matanya terkial-kial mencari Bilik Rawatan namun masih belum temui.

Hatinya bercampur baur apabila memikirkan keadaan Baekhyun sekarang. Tidak senang duduk dibuatnya.

Air mata bergenang dan tidak berhenti mengalir. Pipi Aulia sudah kemerahan bak tomato.

Selepas bertanya di kaunter pertanyaan, Aulia terus berjalan menuju ke bilik tersebut dengan pantas.

Setibanya di sana, kelihatan Puan Byun dan Lily sedang duduk di ruang menunggu. Aulia pergi menghampiri mereka.

"Mak..Lily" Aulia menyapa mereka. Mata Aulia berkaca apabila melihat Lily. Rindunya pada anak kecil itu makin membuak. Hampir sebulan mereka tidak berjumpa.

Mereka mengangkat kepala. Senyuman gembira terukir di bibir kecil Lily. Lalu dia berlari dan memeluk pinggang Aulia dengan kemas.

"Ibu!! Lily ingat ibu dah taknak jumpa Lily lagi."

Aulia mengetap bibirnya dengan kuat. Dia cuba untuk menahan air mata bertakung itu dari jatuh.

"Ibu minta maaf, ibu lambat." Ujar Aulia sebelum meleraikan pelukan itu. Kemudian dia duduk di hadapan Lily. Rambut lurus anak kecil itu diusap lembut.

"Lily rindu ibu!!"

"Ibu pun rin-"

"Papa rindu ibu juga tau."

Aulia terpaku apabila Lily berkata begitu. Dia tidak dapat menahan air matanya lagi dan akhirnya dia menangis di hadapan Lily. Aulia sudah kalah dengan perasaan sendiri.

"Ibu..." Suara Aulia tersekat-sekat. Pandangannya ditunduk sedikit. "Ibu pun rindu papa. Rindu sangat-sangat." Ujar Aulia dengan nada berbisik.

"Aulia.."

Puan Byun memegang bahu Aulia lembut. Aulia mendongak melihat ke arah ibu mertuanya itu.

"Tolong kuat untuk Baekhyun. Mak rayu."

🍂

"Suami Puan makan ubat tahan sakit secara berlebihan sehingga dia tidak sedarkan diri. Nasib baik Puan bertindak pantas. Kalau tidak..kami tak dapat selamatkan dia."

Ujar doktor pakar itu.

"Hmm teruk ke sakit dia?"

"Apa yang saya boleh katakan, kanser dia sudah merebak hampir 50%"

Aulia terdiam. Kemudian satu  soalan diajukan lagi.

"Adakah dia boleh sembuh, doktor?"

"Puan jangan risau. Kanser otak boleh dirawat dan sesetengah daripada pesakit boleh sembuh melalui pembedahan pembuangan tumor dan kemoterapi."

Bibir Aulia terukir satu senyuman kecil. Dia melepaskan nafas lega.

Baekhyun masih ada peluang untuk hidup.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Where stories live. Discover now