Aulia menerkup mulutnya dengan sebelah tangan. Air matanya mengalir dengan laju tanpa henti. Pipinya kemerahan bak tomato.
Akhirnya terluah juga kisah hitam tentang hidupnya kepada Erina. Dia tidak mahu lagi berselindung.
"Aulia.." Erina berasa sedih melihat keadaan Aulia. Tambahan pula apa yang menimpa pada diri sahabatnya itu amatlah dasyat.
"Selepas Sehun tahu aku mengandung anaknya.." Aulia membuka mulut kembali. "Dia terus marah aku. Katanya itu bukan anak dia. Itu anak jantan lain." Suara Aulia tersekat-sekat. Tekaknya terasa pedih menahan sebak.
"Sampai hati.."
"Aku tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki. Dialah orang pertama yang pernah menjadi teman lelaki aku dan dia jugalah orang pertama yang meragut..kesucian aku."
Erina hanya mendengar luahan Aulia tanpa mencelah sedikit pun. Dia ingin memberi ruang untuk rakannya bercerita apa terbuku di hati.
"Bila ibu aku dapat tahu aku mengandung anak luar nikah. Dia suruh aku gugurkan kandungan itu. Tapi aku menolak, sebab aku sayang. Namun, suatu hari aku terjatuh dari tangga dan menyebabkan pendarahan berlaku. Aku keguguran dan anak itu tiada lagi dalam rahim
aku."Aulia gagal menahan air matanya lagi. Kali ini dia menangis teresak-esak.
"Aulia..Aku tahu kau kuat. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tengok sekarang ni! Kau jumpa lelaki yang sanggup terima kau." Erina cuba memberi kata-kata semangat.
"Baekhyun tak tahu" Aulia mengesap lebihan air mata di pipi. Matanya bengkak teruk.
"Kau tak bagi tahu dia?"
"Kalau dia tahu aku dah tak suci, kau rasa dia masih boleh terima aku ke?" Aulia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...