Cermin ditenung dengan pandangan kosong. Tangan digenggam kuat. Fikiran sedang memikirkan sesuatu.
"Ya Allah, betul ke keputusan aku buat ini?" Bisik hati Aulia.
Wajah dicermin dilihat sayu - seakan tidak percaya itu adalah dia. Aulia kelihatan begitu elegan dalam mengenakan busana serba putih di hari pernikahannya.
Tok Tok Tok
Satu bunyi ketukan dari arah pintu bilik mengalih pandangan Aulia. Kelihatan Lily melangkah masuk dan meluru ke arah Aulia yang sedang duduk di meja solek.
"Wah!! cantiknya teacher!!" Puji Lily dengan riang sekali. Aulia hanya tersenyum melihat telatah anak kecil itu.
Setiap kali melihat wajah Lily, dia berasa berat untuk membuat keputusan kerana risau ia akan menyakiti hati Lily lagi.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...