"So, macam mana?" Soal Puan Hani, Ibu kepada Aulia.
"Semuanya berjalan baik."Jawab Sehun sambil tersenyum puas.
"Bagus. Ini habuan kau." Sampul surat berisi duit berjumlah RM5,000 dihulurkan kepada Sehun. Sehun menerimanya dengan senyuman besar. "Aku akan upah kau lagi jika perlu." Sambung Puan Hani.
"Baiklah, terima kasih mak cik"
🍂
Langit makin gelap, hembusan angin malam menampar lembut pipi Aulia. Jam di tangan dijeling sekilas. Sudah menunjukkan pukul 10 malam.
Dimana dia mahu tidur malam ini? Dia tiada sesiapa untuk tumpang berteduh. Tiba-tiba satu nama terlintas dalam fikirannya.
Erina.
🍂
"Dia halau kau tengah malam macam ni?!" Suara Erina sedikit nyaring menyebabkan Aulia tersentak. Dia melabuhkan punggung di sebelah Aulia.
"Dia tengah marah tu. Lebih baik aku keluar."
"Aulia..Kau sedar tak Baekhyun buat kau macam sampah?"
"Itu balasan aku sebab tak jujur dengan dia dari awal." Aulia hanya melihat ke arah dinding dengan pandangan kosong. Dia sudah penat menangis. Air mata pun sudah kering.
"Ini bukan soal jujur atau tidak. Tapi soal dia ikhlas atau tidak terima baik buruk kau. Cuba tengok sekarang! Dia lagi percaya dengan isi surat tu dari dengar apa yang keluar dari mulut kau sendiri."
Aulia hanya terdiam. Dirinya seperti berada di dunia sendiri.
"Aku tak berniat nak masuk campur hal rumahtangga kau. Tapi cara Baekhyun hadap masalah ni, buatkan aku hilang hormat dengan dia. Dulu sebelum kahwin bukan main lagi paksa kau jadi isteri dia. Sekarang ni bila dah jadi isteri, dipijaknya." Sambung Erina lagi. Matanya merah menahan marah bergelodak di dada.
"Dia sakit.." Aulia membuka mulut setelah lama berdiam diri.
"Sakit? Sakit apa?"
"Kancer otak."
Aulia mengetap bibirnya kuat. Menahan diri dari menitiskan air mata lagi.
YOU ARE READING
[C] PETALS [ BBH x OC ]
FanfictionTak semua orang boleh terima kisah silam kita. Apatah lagi bila ia melibatkan maruah. Aulia Nasuha, mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya setelah dia disahkan mengandung anak luar nikah. Oh Sehun, lelaki yang seharusnya bertanggungjawab telah melar...