20

576 40 0
                                    

"Mak cik tahu dia tinggal dekat mana?" Soal Sehun berhati-hati.

"Entah."

"Takkan dia takda call, tanya khabar mak cik?"

"Sehun, kau tahu? Sejak dia keguguran tu, emosi dia tak menentu. Dia ada cari kau, tapi masa tu kau menghilang. Aku buntu nak buat apa masa tu. Aku kurung dia dalam pondok kecil. Sebab dia meroyan teruk. Selepas seminggu, dia lari. Aku tak tahu dia pergi ke mana. Yang pasti aku tahu dia akan lari jauh dari aku." Luah ibu Aulia kepada Sehun. Nadanya kedengaran sedikit sebak.

Sehun melihat ke arah ibu Aulia dengan simpati. Di hati Sehun, terdetik juga rasa bersalah itu. Disebabkan itu dia kembali untuk menebus semula kesalahannya.

[C] PETALS [ BBH x OC ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang