13- Mencari mengandung

6.3K 167 12
                                    




Pada jam 12.30pm, Rayyan pulang untuk makan tengahari. Sebaik sahaja rayyan sampai, dia terus menuju ke dapur. Rayyan mula mencari kelibat nurin tapi tiada.

"Mana dia pergi? Selalunya dia akan masak. Aku dah mesej dia dah kata aku makan tengahari." Ujar rayyan dan bawa keluar telefon bimbit dia lalu mendail nombor seseorang.

"Mana dia ni? Pergi mana? Call tak reti nak angkat ni kenapa?" Bebel rayyan dan mendail nombor nurin lagi sekali malah nurin tetap juga tak angkat. Rayyan mendengus dan melangkah ke arah tangga, tangga di panjat dan rayyan menuju ke bilik tidur nurin. Rayyan buka pintu bilik nurin dan dia pelik bila nurin tiada dalam bilik ttidur rayyan melangkah ke pintu bilik air, pintu dibuka dan nurin tetap juga tiada dalam tu.

"Pergi beli barang ke?" Omel rayyan seorang diri sambil memikirkan kehilangan nurin. Rayyan duduk dikatil nurin, selepas itu rayyan dapat melihat sesuatu dia atas meja solek nurin. Rayyan berdiri dan hampiri meja solek itu. Terdapat sehelai kertas atas meja itu, rayyan capai dan mula baca isi yang ditulis oleh nurin itu.

Assalammualaikum awak,

Saya minta maaf, saya terpaksa pergi, saya tak tahan tinggal dekat sini. Awak jangan risau, mummy daddy dan semua takkan tahu hal ni. Saya minta maaf kalau saya tak dapat jaga makan pakai awak, saya harap elyana dapat jaga awak dengan baik.

Saya tahu awak suka kalau saya tinggalkan awak walaupun saya masih ada lagi 6bulan untuk jadi isteri awak. Jadi saya pergi tinggalkan awak untuk kurangkan beban awak. Saya minta maaf sekali lagi dan saya harap awak bahagia.

Yang benar,
Nurin.

Rayyan yang baca surat tu terus direnyokkan dan terus baling keatas lantai dalam bilik tidur itu. Rayyan terus menuju kearah almari dan pintu almari dibuka dan tiada benda dalam almari itu.

"Dasar isteri derhaka, pergi tanpa izin suami. Kalau aku dapat jumpa kau, jangan ingat aku akan lepaskan kau hidup hidup. Kau tu akan lari ke johor la tu rumah mak kau. Tunggu kau, aku pergi sana aku heret kau!!!" Marah rayyan.

Rayyan keluar dari bilik tidur nurin tu, dan agak terkejut dia bila elyana berdiri depan dia sekarang.

"Eh, bie. Baru sampai ke? Tak dengar bunyi pun." Ucap elyana dengan senyuman dibibir.

"Nurin mana?" Tanya rayyan.

"Nurin? Dekat dapur kot. Kenapa?" Jawab elyana bersahaja sambil keringkan rambut dia.

"Dia tak ada. Dia dah lari dari rumah. Did u see her?" Tanya rayyan lagi.

"Lari? Eh tadi sayang nampak dia dekat dapur, takkan lari kot? Maybe dia beli barang ke." Jawab elyana bersahaja.

"She left this house, dia tulis surat merepek, telefon dia atas meja tu dia tinggalkan, baju dalam almari semua tiada." Ujar rayyan yang agak kecewa.

"Maybe dia terpaksa, atau dia memang taknak stay sini. Mesti dia sakit hati sebab bie selalu lebihkan sayang, sebab tu dia pergi." Ujar elyana.

"Entahlah, i go first." Ujar rayyan dan terus tinggalkan elyana dekat situ.

"Eh, bie balik ni taknak makan dulu ke?" Tanya elyana.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now