4-kerja

6.9K 173 17
                                    




Nurin masuk dalam rumah dengan tangan menjinjing 2buah beg plastik. Nurin mula buka pintu pagar dan masuk kedalam. Selepas itu nurin melangkah kedapur lalu meletakkan barang yang baru dibelinya kemudian dia berlari kepintu semula dan menutup grill dan pintu.

Selepas itu nurin buka tudung dia dan letak diatas sofa. Laju sahaja kaki dia melangkah ke dapur dan mula menyusun barang barang yang dibelinya tadi.

Pada petang itu, nurin dah siap masak makan malam untuk dia dan suaminya, rayyan iskandar.

Dalam dia tunggu kepulangan suami dia, suami dia tak balik balik sehinggalah jam menjangkau ke angka 11 malam. Nurin mengeluh dan mula makan tanpa menunggu kepulangan suami dia.

(RAYYAN SITUATION)

jam 1pagi barulah rayyan pulang kerumahnya.

Rayyan masuk dalam rumahnya dan dia ternampak diatas meja makan ada 1 tudung saji. Kening rayyan berkerut dan dia melangkah ke meja makan tu. Tudung saji tu diangkat dan dia nampak ada makanan kegemaran dia bawah tu.

"Ayam masak merah. mana dia tahu makanan kegemaran aku ni?" Tanya rayyan seorang diri.

"Tapi aku dah tak larat nak makan ni sebab mengantuk gila. hurm suruh dia panaskan esok la." kata rayyan dan tutup semula lauk tu dan dia naik tangga ke tingkat atas.

(Rayyan situation end)

(...)

Nurin bangun pagi seperti biasa dan terus mandi. lepastu dia ambil wudhuk dan solat. Setelah semuanya selesai, nurin ambil baju kotor dan bawa turun ke bawah.

Bilik laundry dituju. nurin mula masukkan baju kotor dalam washine machine. selepas itu nurin melangkah ke dapur, nurin fikir sejenak sebelum mula memasak. Dalam elok dia tengok bahan didalam fridge, dia dapat rasa bahawa ada seseorang berdiri dibelakang dia.

nurin pusing belakang perlahan lahan dan agak terkejut bila muka suami dia yang baru bangun tidur dah berdiri belakang dia. 

"awak, awalnya bangun. awak nak apa apa ke?" tanya nurin prihatin.

"Jam berapa?" tanya rayyan sambil menguap.

"6 pagi lagi." jawab nurin dan rayyan anggukkan kepala dia. 

"awak nak apa apa lagi ke? kalau awak nak tidur boleh ni lagi 1jam setengah." kata nurin dekat rayyan.

"lauk yang awak masak semalam, panaskan boleh?"tanya rayyan dan pandang nurin dengan pandangan redup.

Mereka berdua langsung tak sedar bahawa nama panggilan rayyan ke nurin ialah 'awak saya'.

"lauk semalam? kenapa?" tanya nurin.

"saya nak makan semalam tapi dah mengantuk sangat, jadi saya inngat nak bawak pergi lunch kejap lagi boleh tak?" tanya rayyan.

"boleh! sekejap lagi saya panaskan lauk, nasi untuk awak dan nanti saya masukkan dalam tupperware." kata nurin ceria dan semangat. rayyan anggukkan kepala dia dan keluar dari dapur.

"awak, ada baju kotor?"tanya nurin dengan senyuman melebar.

"atas." jawab rayyan dan melangkah ke sofa diruang tamu dan dia rebahkan badan dia dekat situ.

"okey, saya nak masuk bilik awak dan nak ambil baju kotor, nak basuh." kata nurin.

"hurm!" hanya ini sahutan rayyan dan dia kembali ke alam mimpi.

nurin keluar dari dapur dan panjat tangga menuju ke bilik suami dia. nurin buka pintu bilik dan suka dengan dekorasi bilik tidur suaminya ini. Kagum sebentar dengan apa yang dia lihat sekarang.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now