17- Cerai beranak

6.6K 179 33
                                    




"Assalammualaikum!" Tengku sofea memberi salam dari luar rumah milik nurin

"Waalaikummusalam auntie, masuklah." Jemput nurin lalu menyalami tengku sofea.

"Kamu apa khabar? Sihat? Kandungan kamu macam mana?" Tanya tengku sofea beriringan dengan nurin ke ruang tamu.

"Alhamdullilah sihat auntie, anak dalam perut ni pun sihat alhamdullilah. Active semacam. Nurin yang tak boleh tidur malam kadang kadang." Adu nurin dan duduk di sofa diruang tamu.

"Umi kamu mana?" Tanya tengku sofea.

"Umi dekat atas, solat. Kak tira ada dekat dapur tu, buat air." Ujar nurin.

"Ouh, ni kejap lagi uncle sampai la. Tiba tiba pagi ni ada hal pula, kawan dia ajak jumpa, itu yang uncle pergi jumpa kawan dulu." Tutur tengku sofea.

"Auntie datang sorang ke? Firdaus mana?" Tanya nurin.

"Daus tu dia pergi beli barang jap. Dia hantar auntie. Sekejap lagi dia sampai la tu." Jawab tengku sofea.

"Nurin, auntie nak tanya, siapa ayah kepada anak kamu ni?" Tanya tengku sofea. Terdiam nurin bila tengku sofea tanya soalan macam tu.

"Ayah kepada anak yang nurin kandungkan ni ra-" "eh tengku, baru sampai ke?" Tegur umi yang baru selesai solat dan hampiri mereka berdua diruang tamu. Malah ayat nurin jadi tergantung.

"Tak payah la nak panggil tengku tengku, panggil saya sofea cukup." Ujat tengku sofea merendah diri.

"Eh takkan la saya nak panggil nama je? Rasa tak selesa pula nanti." Ujar umi.

"Takpe panggil sahaja saya sofea." Ujar tengku sofea lagi.

"Dah kalau cakap macam tu, baiklah." Ujar umi dan tersenyum dekat mereka.

Kak tira datang ke arah mereka dengan membawa segelas air mangga yang dia bancuh dan diletakkan dihadapan tengku sofea.

"Jemput minum tengku." Jemput tira.

"Panggil auntie je. Anggap keluarga je la. Tak payah nak tengku tengku semuanya." Tegur tengku sofea dan capai gelas yang tira hidangkan untuk dia tadi.

"Assalammualaikum!" Firdaus memberi salam dari luar rumah.

"Waalaikummusalam, daus mari sini masuk." Ajak tengku sofea dari ruang tamu.

Firdaus buka kasut dan mula masuk dalam rumah.

"Kamu beli apa lagi tu daus? Ya allah tak payah bawa apa apa la." Tegur umi sebaik sahaja firdaus nampak 2beg besar ditangan dia.

"Beli barang keperluan la. Daus kemungkinan takde seminggu, outstation, jadi daus beli awal awal. Nanti umi, tira tak payah pergi beli. Lagipun tadi pergi beli buah." Ujar firdaus.

"Menyusahkan je kamu ni. Barang makan dalam rumah ni banyak lagi daus, tak perlu membazir." Tegur umi lagi.

"Tapi tu si ibu mengandung tu kan kuat makan. Jadi saya beli awal awal." Ujar firdaus dan pandang nurin. Nurin muka dah masam dah bila cakap macam tu.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now