35 - peluang kedua

4.5K 156 50
                                    




"Awak hantar surat cerai dekat rayyan? Bila?" Tanya nurin masih terkejut dengan berita ni.

"Yes. But saya tahu dia takkan sign surat tu. Malah dia akan cuba ambil hati awak balik. Saya takkan paksa dia untuk sign surat cerai tu." Ujar firdaus.

"Kenapa tak tanya saya dulu?" Tanya nurin geram.

"Awak sendiri cakap awak nak bercerai dengan dia? Jadi saya tolong awak." Ujar firdaus. Dia tak sedar yang dia dah buat salah.

"Aiman, jom! Kita balik sekarang!" Ujar nurin serius dan tarik aiman dari dukungan firdaus. Aiman dah terpinga dekat situ malah firdaus pula cuba elak dari nurin.

"Nurin, awak kenapa ni? Apa salah saya?" Tanya firdaus.

"Turunkan aiman sekarang! Saya nak balik!" Ujar nurin serius.

"Okay jom saya hantar balik but im sorry okay kalau saya buat salah tanpa sedar." Ujar firdaus dan pujuk nurin. Nurin abaikan firdaus dan terus jalan tinggalkan firdaus dengan aiman. Firdaus ikut nurin dari belakang hinggalah mereka ke kereta firdaus.

(...)

firdaus kini memandu pulang dan keadaan dalam kereta diam tanpa sebarang suara.

Aiman yang duduk dekat belakang juga turut diam membisu.

"Mama marah papa lagi ke?" Tanya aiman dekat seat belakang.

Nurin diam je dekat situ malah firdaus sempat jeling kearah nurin.

"Kenapa mama marah papa? Papa buat salah apa?" Tanya aiman lagi.

"Papa buat salah besar." Ujar nurin serius.

"Nurin, okay saya minta maaf. Awak sendiri nak bercerai dengan rayyan, jadi saya mudahkan kerja awak. Saya tahu saya takde hak nak buat semua benda tu tapi saya buat tu sebab saya sayang awak." Luah firdaus rasa bersalah.

"Tapi atleast cakap dengan saya dulu." Marah nurin.

"Okay saya tahu saya salah.. please forgive me!" Rayu firdaus.

"Bila awak hantar surat cerai dekat dia?" Tanya nurin.

"Selepas kita balik dari japan. Dan selepas saya masuk kerja." Ujar firdaus.

Nurin diam je selepas firdaus cakap macam tu.

(...)

seperti yang dikatakan firdaus, dia outstation selama seminggu dan seminggu juga nurin tak pergi pejabat.

"Mama, nak cakap dengan papa. Aiman rindu papa." Ujar aiman dekat sebelah nurin.

"Aiman, jangan kacau papa. Papa pergi sana kerja, bukan bercuti sayang." Pujuk nurin.

"Nak cakap dengan papa sekejap pun tak boleh ke?" Tanya aiman lagi.

"Papa dah janji dengan aiman kan nanti papa sendiri telefon aiman. Jadi aiman tunggu je ye." Pujuk nurin lagi.

"Baik mama." Ujar aiman kecewa.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now