29 - confess

4.9K 138 43
                                    




"Nurin, awal kamu balik." Tanya umi sebaik sahaja nurin masuk dalam rumah.

"Kerja setengah hari. Lagipun daus takde dekat pejabat 1hari, sebab tu minta izin dia kerja setengah hari je harini. Lagipun rasa tak sedap badan la umi." Jawab nurin dan mula duduk disofa.

"Kamu tak sihat ke?" Tanya umi dan duduk sebelah nurin.

"Entah la umi, iye kot." Jawab nurin.

"Hurm kamu rehatlah. Umi nak ke dapur sekejap." Ujar umi dan berdiri.

"Aiman mana umi?" Tanya nurin sambil mencari kelibat anak lelaki dia.

"Umi keluar dengan kakak kamu. Dia nak ikut pergi kedai." Ujar umi dan berlalu ke dapur.

"Ouh, okay. Nurin tidur sekejap ye umi." Ujar nurin dan mula baring atas sofa tu tanpa buka tudung.

(...)

dalam elok nurin berehat, dia dapat rasa kain basah diatas dahi dia. Nurin buka mata dan dia nampak kini firdaus depan dia.

"Eh, maaf ganggu awak rehat." Ucap firdaus rasa bersalah.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya nurin perlahan.

"Aiman telefon saya, dia cakap badan mama dia panas, jadi saya letak kain atas dahi awak, tak sangka pula awak tersedar." Terang firdaus.

"Tapi awak kan busy harini." Ujar nurin lagi.

"Saya baru sampai, kejap lagi saya keluar pulak. Malam nanti saya bawa awak pergi hospital ye, ambil ubat." Ujar firdaus yang memang risau akan nurin.

"Takpe, takpayah awak mesti penat. Saya makan panadol je." Ujar nurin bersalah.

"Kalau benda melibatkan awak, saya takkan rasa penat, kita pergi hospital ye malam nanti." Ujar firdaus dan senyum pandang nurin.

"Mama!" Jerit aiman yang baru turun tangga tu.

Nurin dan firdaus pandang aiman dan aiman terus lari kearah nurin dan terus peluk nurin.

"Mama demam ke?" Tanya aiman sedih dan pegang pipi nurin.

"Takde la, mama tak demam sayang." Ujar nurin dan senyum pandang aiman.

"Tapi kenapa aiman pegang dahi mama panas?" Tanya aiman lagi dan nurin hanya senyum je.

"Aiman, mama demam. Malam nanti papa bawa mama pergi hospital. Aiman takpe kan tidur dulu tanpa mama." Ujar firdaus dan pandang aiman. Aiman mata dah berair dah, sebab dia tak pernah tidur tanpa mama dia.

"Nak ikut!" Rengek aiman.

"Aiman, hospital semua untuk orang sakit, kalau aiman sakit juga nanti macam mana?" Tanya firdaus pula.

"Tapi aiman taknak tidur takde mama." Ujar aiman lagi sedih.

"Mama pergi sekejap je, nanti bila aiman sedar, mama dah ada dekat sebelah dah." Pujuk nurin pula.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now