23- papa jumpa

5.8K 166 38
                                    




Pagi itu, nurin, umi dan tira bangun pagi seperti biasa.

"Aiman tidur lagi?" Tanya tira sebaik sahaja menuju ke dapur.

"Haah, dia semalam tersedar, tu yang susah nak suruh dia tidur lagi tu." Ujar nurin.

"Ni nak masak apa pagi ni? Barang barang semua ni elok lagi ke?" Ujar umi dan buka peti ais.

"Sekejap lagi nurin nak keluar, nak beli barang aiman sikit. Lepastu  alang alang beli barang dapur sekali." Ujar nurin.

"Dengan daus ke?" Tanya umi pula.

"Berdua je la dengan aiman, nak tunggu aiman bangun dulu ni." Jawab nurin dan buka tv diruang tamu.

"Ish, bahaya la kamu keluar dua beranak je." Ujar umi yang risau keadaan nurin dan aiman cucu dia.

"Umi, nurin pandai jaga diri, umi jangan risau ye." Ujar nurin pula dan senyum dekat umi dia.

"Memang la. Kamu dengan bawa anak, bawa barang macam mana nya?" Tanya umi geram dengan perangai keras kepala nurin ni.

"Nurin okay. I can do it. Masa dekat japan tu pun nurin keluar berdua je dengan aiman tu, takde apa pun." Ujar nurin lagi dan senyum dekat umi.

"Dekat japan kamu selamat, sini tak selamat. Bila bila je kamu boleh jumpa dia nurin. Ke memang kamu nak dia tahu yang kamu masih hidup bahagia sekarang? Dengan aiman pula tu kamu nak ke?" Bebel umi.

"Iye tahu, percayalah nurin takkan jumpa dia. Umi sendiri tahu yang pakcik daud, mama daus tak bagitahu pun kan yang rayyan masih cari nurin. Means dia dah tak ingat nurin dah umi. Umi jangan risau okay." Pesan nurin meyakinkan uminya.

"Payah betul la cakap dengan kamu ni. Nanti dah habis beli barang, bagitahu daus, suruh dia ambil kamu dekat sana. Kamu tu dah la kecik, nak bawa semua barang tu kan susah. Kamu degil umi sendiri call daus sekarang." Ugut umi.

"Umi, jangan lah. Biarlah dia berehat. Kesian dia. Dekat sana jaga nurin, takkan sini pun dia nak jaga nurin. Nurin dah ada anak dah umi, umi layan nurin macam budak budak la. Macam mana dia nak jumpa bakal isteri kalau asyik berkepit je dengan kami. Orang pun ingat yang dia suami nurin umi." Bebel nurin lula pagi itu.

"Iye umi tahu. Kalau susah sangat, kamu selesaikan lah cepat penceraian kamu dengan rayyan dan kahwin dengan daus senang. Dia pun ambil berat sangat pasal kamu. Aiman lagilah, dah manja sangat dengan daus tu." Ujar umi lagi.

"Iye iye. Okay! Balik nanti lepas dah habis shopping nurin chat daus suruh ambil nurin dekat sana nanti okay." Ujar nurin dan senyum dekat umi dia.

"Ha kan bagus dengar cakap." Ujar umi lagi. Tira yang dekat sebelah mereka hanya gelengkan kepala dia je.

"Nurin naik atas jap, nak mandi. Sekejap lagi aiman bangun la tu." Ujar nurin dan berdiri. Nurin panjat tangga dan masuk kedalam bilik dia. Nurin lihat anak dia, aiman masih tidur jadi nurin capai tuala dan mandi.

Selang 10minit, nurin keluar dan mula siap. Dalam dia tengah bersiap tu, dia dapat lihat bahawa aiman duduk atas katil sambil tengok mama dia bersiap. Nurin bangun dan hampiri anak dia atas katil tu.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now