★
★
★
★"Auntie betul ke apa yang auntie cakap ni?" Tanya nurin terkejut.
"Betul nurin, kami tak tipu. Mummy kamu tengku aishah dan firdaus sepupu dengan suami kamu rayyan iskandar." Jawab tengku sofea dan terus mengalir air mata nurin dengan apa yang dia dengar sekarang.
"Auntie, nurin minta auntie jangan bagitahu pasal aiman dekat mummy boleh? Nurin minta sangat. Tolong ye auntie." Rayu nurin.
"Iyelah nurin, auntie akan tolong. Tapi dengan syarat, nurin dan aiman dengan duduk bawah jagaan auntie, uncle dan firdaus boleh?" Tanya tengku sofea dengan syarat.
"Boleh, nurin boleh buat apa je asalkan mummy atau abang rayyan tak tahu pasal aiman. Tolong ye." Rayu nurin lagi dan tengku sofea hampiri nurin lalu memeluk nurin.
"Auntie akan buat, kamu jangan risau ye." Ujar tengku sofea memujuk.
(...)
Firdaus yang keluar tu dia pergi cafeteria yang ada dalam hospital tu dan duduk dimeja kosong. Firdaus menangis disebabkan apa yang nurin cakap tadi iaitu nurin ialah isteri rayyan, iaitu sepupu yang tak pernah nak rapat dengan dia malah aiman anak sepupu dia.
"Kenapa nurin mesti jadi isteri kau ha rayyan? Asal kami semua tak tahu kau dah kahwin dengan nurin? Bila kau kahwin rayyan? Dan kenapa nurin jadi isteri kau? Apa lagi yang kau rahsiakan ni ha rayyan? Kau tak cukup ke elyana yang sampai nurin pun kau nak kebas!! Tak guna!!! Kau tak pernah nak bagi aku hidup senang, dasar perampas!" Marah firdaus.
"Sampai bila bila kau tak akan tahu kewujudan anak kau rayyan, kau ingat tu!" Marah firdaus lagi.
Firdaus tarik nafas dan berlalu tinggalkan cafeteria hospital itu.
(...)
firdaus masuk semula kedalam wad nurin. Sebaik sahaja dia masuk, dia nampak nurin tengah tidur. Firdaus hampiri katil nurin dan tanpa sedar airmata firdaus mengalir.
(...)
"Along betul ke nak ceraikan kak nurin?" Tanya Raihan.
"Yes iam. Jangan nak tanya banyak kali boleh tak? Menyemak tahu tak!" Marah rayyan dan turun tangga ke ruang tamu.
"Kak nurin ada cakap apa apa?" Tanya raihan lagi.
"Takde, tapi aku tahu dia nak bercerai jugak. Nanti aku jumpa dia jugak. Pihak mahkamah dah pun hantar surat dekat rumah umi dia. Mustahil kalau umi tak bagitahu dia." Tutur rayyan dan duduk diruang tamu.
"Kalau dia tahu pasal kewujudan surat tu, kalau dia tak tahu? Dan dia tak datang? Kak nurin dah tukar nombor, nak kata pihak mahkamah call, mustahil sebab kak nurin dah tukar nombor. Along sendiri cakap umi kak nurin pun takde dekat situ." Ujar raihan lagi.
"Diam boleh tak? Kalau dia sendiri tak datang, dia sendiri yang akan dikenakan denda tu. Aku tak kesah kalau aku kena denda sebab aku ada je duit nak bayar. Dia tu? Nak bayar guna duit apa? Duit dia kerja sebagai maid tu? Entah berapa je la gaji dia dapat." Ujar rayyan angkuh.
"Along jangan nak sombong sangat la, Allah s.w.t nak tarik harta along tu sekejap je la. Jadi jangan nak cakap besar sangat. Sekarang iye la along suka sebab along masih ada kak yana tu, kalau 1 hari along tahu kelakuan kak yana tu, along sendiri yang akan ceraikan dia. Percaya lah cakap angah ni along. Fikir baik baik, along jumpa kak nurin dan bincang elok elok boleh kan. Tak perlu la nak ceraikan terus." Marah raihan.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...