25- tidur pujuk

5.7K 162 39
                                    




Sebaik sahaja firdaus bergerak pulang dari kedah ke KL, dia terus memandu ke rumah nurin. Sebaik sahaja dia masuk, aiman terus lari dekat dia dan peluk dia.

"Papa!" Jerit aiman happy.

"Iye sayang. Ni mama mana? Papa nak tengok mama." Ujar firdaus risau.

"Ada dekat dalam bilik. Mama tak boleh turun, kaki kena balut." Jawab aiman polos.

"Okay. Jom naik atas jumpa mama." Ujar firdaus dan melangkah ke dapur dahulu. Dia menyalami umi dulu.

"Umi, daus nak naik atas jap, jumpa nurin." Ujar firdaus minta izin.

"Ha, pergilah." Jawab umi mengizinkan.

Firdaus dan aiman sama sama ketingkat atas. Setelah tiba ditingkat atas, firdaus terus melangkah ke bilik tidur nurin dan aiman.

"Mama, papa datang!" Jerit aiman depan pintu. Disebabkan aiman pendek, firdaus bukakan pintu untuk aiman.

"Aiman, ambilkan tudung mama tu sekejap." Suruh nurin. Firdaus tak masuk terus malah dia tunggu depan pintu bilik. Aiman ambilkan nurin tudung dan nurin segera pakai.

"Awak dah boleh masuk!" Suruh nurin. Akhirnya firdaus masuk dalam bilik nurin. Firdaus terus duduk dekat hujung katil dibahagian kaki. Selimut yang tutup kaki nurin diselak dan kini firdaus nampak kaki nurin yang berbalut tu.

"Lepasni saya tak izinkan la awak pergi mana mana. Saya baru takde dah berbalut dah kaki ni." Bebel firdaus sambil belek kaki berbalut nurin tu.

"Sorry, janganlah salahkan saya. Salahkan semut tu." Ujar nurin bergurau. Firdaus pandang dia dan tersenyum bila nurin senyum.

"Main main. Saya serius ni tau." Ujar firdaus.

"Okey, sorry saya main main je. Lepasni tak buat dah." Ucap nurin.

"Hurm. Ni berapa lama kena pakai ni?" Tanya firdaus dan letak kaki nurin tu hati hati atas katil.

"5hari je. Lagipun ni dah okay dah." Jawab nurin.

"Nakal betul. Aiman tak nakal macam dia." Ujar firdaus lagi sambil gelengkan kepala dia.

"Nakal sikit je la." Luah nurin dan jelirkan lidah dekat firdaus.

"Papa, kesiankan mama kaki mama kena balut." Ujar aiman dan peluk leher papa dia.

"Biar padan muka mama. Dah tua nak panjat pokok lagi." Kutuk firdaus.

"Apa awak panggil saya? Tua?! Agak sikit erk, saya muda lagi tau." Jawab nurin tak puas hati dan firdaus gelak.

"Gurau sikit tak boleh. Ni minggu depan awak start kerja dengan saya balik boleh?" Tanya firdaus.

"Minggu depan? Taknak." Tolak nurin.

"Kenapa? Dulu dekat japan okey je kerja dengan saya." Ujar firdaus sambil tarik aiman duduk atas riba dia.

"Japan sebab awak tak ramai staf melayu. Jadi saya kerja lah. Sini malaysia mesti ramai boleh cakap melayu." Luah nurin.

"Then nak duduk sini? Panjat pokok lagi sampai berbalut lagi kaki tu?" Perli firdaus lagi dan terus nurin buat muka masam.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now