36 - keluarga kecil

4.2K 169 109
                                    




Keadaan didalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang suara. Aiman duduk diseat hadapan manakala nurin diseat belakang.

"Uncle! Kita nak pergi mana?" Tanya aiman dan pandang rayyan disebelahnya.

"Pergi rumah uncle. Aiman nak pergi rumah uncle tak?" Ujar rayyan dekat anak sulung dia.

"Rumah uncle? Nak buat apa?" Tanya aiman lagi.

"Tengok movie ke. Main mainan ke." Ujar rayyan.

"Wah! Bestnya!" Sorak aiman happy.

"Kata nak pergi rumah mummy? Kenapa nak pergi rumah awak pulak?" Tanya nurin dari seat belakang.

"Mummy baru inform yang mummy dengan daddy keluar negeri dulu ada hal, jadi sayang tidur rumah kitalah." Jawab rayyan dan pandang nurin dari cermin pandang belakang.

"Then hantar kami berdua balik." Ujar nurin serius.

"Lagipun firdaus suruh abang jaga sayang dengan aiman." Tipu rayyan.

"Jangan nak menipu erk! Daus takde cakap apa apa pun!" Marah nurin.

"Sayang jangan nak marah marah. Abang masih suami sayang tau. Lagipun nanti sayang makin tua tak tahu kalau marah marah." Ujar rayyan yang nak bergurau dengan nurin. Nurin hanya menjeling rayyan.

(...)

mereka bertiga kini telah tiba dirumah milik rayyan iskandar.

Nurin turun dari kereta dan dapatkan aiman diseat hadapan.

"Ni rumah uncle ke?" Tanya aiman happy.

"Haah sayang, rumah uncle. Kenapa?" Tanya rayyan dan hampiri nurin dengan aiman.

"Besarnya." Ujar aiman teruja.

"Jom masuk." Ujar rayyan dan tersenyum tengok gelagat aiman.

Rayyan buka pintu pagar rumah dia, selepas itu pintu kayu. Setelah berjaya aiman masuk diikuti rayyan dan nurin.

"Aiman, jaga adab ye ni rumah orang bukan rumah kita." Ujar nurin dekat aiman tapi rayyan terasa.

"Memang taknak maafkan abang ke? Ni rumah sayang dengan aiman juga tau." Ujar rayyan kecewa.

"Sejak bila awak mengaku kami keluarga awak?" Tanya nurin geram dan rayyan terus mati kutu.

"Uncle, boleh tak aiman nak air sikit. Dahaga." Ujar aiman dekat rayyan.

"Jom ikut papa pergi dapur." Ujar rayyan tanpa sedar dan hulur tangan dia dekat aiman. Aiman sambut huluran tangan rayyan dan mereka berdua ke dapur.

Selang beberapa minit rayyan dengan aiman datang semula ke ruang tamu. Aiman duduk sebelah nurin manakala rayyan duduk di sofa disebelah kiri. Rayyan hulur secawan air dekat nurin.

"Saya tak cakap pun nak air." Ujar nurin selamba dan jeling rayyan.

"Memang tak cakap tapi tahu sayang nak." Ujar rayyan selamba. Nurin jeling rayyan dan sambut huluran air tadi dan mula minum.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now