20 - HONG KONG (18+)

8.8K 173 28
                                    




Pada petang itu, rayyan bersiap dan bergerak ke rumah orang tua dia. Memandangkan elyana ke New York kerana kerjanya, jadi rayyan tinggal seorang diri.

"Kenapa datang? Nak bertumbuk lagi?" Tanya raihan yang masih tak suka dengan perangai along dia yang panas baran tu.

"Mummy mana?" Tanya rayyan serius. Dia tahu yang raihan masih tak suka dia walaupun dah 5bulan yang lepas kes rayyan menumbuk raihan.

"Dapur." Jawab raihan sepatah. Walaupun dia masih tak suka, dia masih bercakap baik dengan along dia. Rayyan terus melangkah ke dapur dan dapatkan tengku aishah didapur.

"Assalammualaikum mummy." Ucap rayyan. Tengku aishah yang tengah membuat air itu angkat kepala dan pandang anak sulung dia.

"Waalaikummusalam. Baru reti nak datang melawat mummy bila isteri kamu tiada?" Perli tengku aishah.

"Busy la. Mummy, ian nak tanya, firdaus dia dah kahwin ke?" Tanya rayyan dan tengku aishah terus pandang rayyan dengan pandangan yang pelik.

"Kenapa mummy buat muka macam tu? Apa yang peliknya." Tegur rayyan.

"Tak pernah pernah ian tanya pasal musuh ian tu. Kenapa? Cemburu sebab isteri dia selalu ada dengan dia dan ian takde?" Perli tengku aishah lagi.

"Ish, takde maknanya la nak tanya je. Sebab pagi tadi dia post gambar seorang baby lelaki. Takkan la dia google. Sebab tu tanya, dia dah kahwin ke? Kenapa ian tak tahu." Ujar rayyan sambil buka peti ais dan bawa keluar air sejuk.

"Gambar bayi lelaki? Siapa?" Tanya tengku aishah pelik dengan penerangan dari anak sulungnya itu.

"Haah, jap ian tunjuk." Ujar rayyan dan letak botol air sejuk atas meja dan bawa keluar gambar dari poket. Aplikasi instagram ditekan dan rayyan segera mencari nama account firdaus. Setelah jumpa rayyan menghulurkan telefon iphone XPro max nya ke arah tengku aishah.

"Tu, mummy tengok la. Cara dia tulis tu macam anak dia." Ujar rayyan dan mula menuang air sejuk kedalam gelas dan minum.

"Eh anak siapa ni? Comelnya." Teruja tengku aishah melihat gambar dipostingan gambar firdaus itu.

"Ian mana tahu tu anak siapa, sebab tu ian tanya mummy. Dia dah kahwin ke? Kalau dah kenapa tak pergi majlis kenduri dia. Dia tahu ian benci dia, tapi takkan la makngah sendiri tak jemput mummy." Soal rayyan.

"Setahu mummy, memang firdaus tak kahwin lagi. Kalau kahwin mesti makngah kamu jemput. Takpelah nanti mummy tanya makngah kamu. Ni kamu tidur sini ke malam ni? Elyana pergi berapa lama pulak?" Tanya tengku aishah dan meletakkan semula telefon rayyan dihadapan anak sulung dia.

"Tidur sini kot, entahlah tak tahu lagi. Hurm 2weeks." Jawab rayyan.

"Ian memang tak pernah nak ikut El tu pergi kerja ke? Pergi la seminggu dua, teman dia. Bercuti la jugak. Tak penat ke asyik kerja je." Tegur tengku aishah yang risau dengan keadaan anak dia.

"Nanti cuti daddy cakap apa pula. Nanti la. Dia pergi kerja je, nanti dia settle dia balik la." Ujar rayyan yang backup elyana.

"Jangan percaya sangat. Dia perempuan, cantik, sexy. Kamu dah la jarang ada dengan dia, kalau apa apa jadi kan susah. Dia tu macam helang, cepat disambar." Ujar tengku aishah yang sempat memerli rayyan.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now