★
★
★
★Dalam elok nurin tidur, dia dapat rasa ada orang tiup muka dia. Nurin buka mata perlahan lahan dan orang itu adalah rayyan. Membesar mata nurin dibuatnya.
"Awak buat apa dekat sini?" Marah nurin dan terus jauhkan diri dari rayyan.
"Semalam abang nak hantar sayang balik, tapi sayang sendiri tertidur. Jadi abang dukung sayang bawa naik tidur atas katil dalam bilik abang." Jawab rayyan dan senyum dekat nurin dengan senyuman comel.
"Kan banyak bilik lain, kenapa mesti sini?" Marah nurin.
"Sayang kan isteri abang, seorang isteri mesti tidur bersama suaminya." Balas rayyan yang masih tersenyum.
Nurin tengok keadaan dia dan alhamdullilah masih berpakaian.
"Abang tak buat apa apa sayang. Now dah nak waktu subuh ni, jom solat subuh berjemaah." Ajak rayyan.
"Okey, tunggu sekejap." Balas nurin dan turun dari katil. Nurin melangkah masuk dalam bilik air dan mula ambil wudhuk manakala rayyan bentangkan 2helai sejadah diatas lantai mengikut arah kiblat.
Nurin keluar semula dan pakai telekung.
(...)
selesai solat subuh, nurin kebawah manakala rayyan sambung tidur. Nurin menuju ke arah sofa dan capai telefon bimbit dia dan ternyata terdapat banyak missed called dari firdaus dan juga kak tira. Nurin tarik nafas dan telefon firdaus.
"Hello nurin, mana awak? Kak tira called saya cakap awak tak balik lagi? Rayyan buat apa apa dekat awak ke?"- firdaus.
"Tak, semalam dia nak hantar saya balik, tapi saya tertidur. Saya akan balik pagi ni."- nurin.
"Then saya akan ambil awak."- firdaus.
"Eh takpe. Dia pandai culik saya biar dia hantar saya balik."- nurin.
"Nanti dia akan jumpa aiman."- firdaus.
"Saya pasti aiman tak bangun lagi. Dalam jam 8 macam tu saya gerak balik." - nurin.
"Okey, apa apa inform saya."- firdaus.
"Baik awak."- nurin.
Nurin simpan telefon dia semula didalam beg tangan dia dan dia pandang keliling rumah rayyan.
"Banyaknya bunga matahari. Dah kenapa lelaki ni simpan bunga matahari?"ujar nurin dan gelak malah dia hampiri bunga matahari yang ada dalam pasu atas almari.
"Wanginya." Ujar nurin dan bau bunga matahari tu.
(...)
nurin siap buat sarapan iaitu roti bakar sahaja.
"Morning sayang." Ucap rayyan happy dan duduk depan nurin.
"Lepas sarapan hantar saya balik. Saya nak balik." Ujar nurin serius.
"Sayang memang taknak duduk sini ke?" Tanya rayyan seakan kecewa dengan nurin.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...