Nah double update for you guys. So next update wait for the next week 😘❤
★
★
★
★Pada jam 8pagi, mereka masing masing kelam kabut keluar dari rumah itu dan melangkah ke kereta yang dibawa oleh pak rashid, pemandu keluarga firdaus. Pak rashid yang akan membawa mereka berenam ke KLIA 1.
Mereka akan berlepas ke Japan pada jam 11pagi. Walaupun masih awal, tapi firdaus ajak pergi awal supaya nanti tak kelam kabut nanti. Dengan aiman yang baru je masuk 4bulan, dan nurin yang baru habis pantang 4bulan lepas.
"Tak perlu kelam kabut firdaus, masih awal ni kan." Tegur umi dekat firdaus yang sebuk memasukkan beg pakaian mereka didalam but kereta.
"Hehehehe, takdelah. Sampai sana awal, boleh breakfast dekat sana. Tukar pampers aiman apa semua nanti." Ujar firdaus pula dan menutup but kereta bila dia dah selesai memasukkan semua beg mereka.
"Ikut kamu la. Ni dah tiada benda tinggal kan?" Tanya tengku sofea yang datang situ sekali. Mereka akan bergerak ke airport sekali tapi dengan berlainan kkereta
"Semua dah ada dan tiada yang tertinggal. Pasport semua ada dekat daus." Ujar daus dan pandang tengku sofea.
"Okey jom gerak, takut pulak jalan jem nanti." Ujar tengku muzaffar dan masuk dalam kereta. Mereka semua angguk kepala mereka dan masuk dalam kereta masing masing.
(...)
KLIA 1, 9:10AM
mereka kini semua telah berada dilapangan terbang KLIA 1. Mereka mula mengambik tempat dibahagian bangku yang memang kosong disitu. Firdaus memberi umi duduk dahulu diikuti yang lain.
"Saya nak pergi print out tiket sekejap. Jangan pergi mana mana, duduk sini. Kejap lagi mama dengan papa datang." Ujar firdaus dekat nurin dan nurin anggukkan kepala dia. Firdaus tinggalkan mereka sementara dia pergi tempat untuk print tiket.
Selang beberapa minit, orang tua firdaus datang hampiri mereka.
"Nurin, firdaus mana?" Tanya tengku sofea.
"Dia cakap dia pergi print tiket sekejap, sekejap lagi sampai la dia." Jawab nurin dan tengku sofea hanya anggukkan kepalanya.
"Aiman, mari sini dekat atuk." Ujar tengku muzaffar dekat aiman yang didukung oleh nurin, mamanya. Nurin senyum dan menghulur aiman dekat tengku muzaffar. Nasib la aiman ni jenis tak kuat meragam, malah dengan semua orang dia okay dan tak menangis langsung, suka lagi dia adalah.
"Rindu lah atuk nanti dengan cucu atuk seorang ni." Ujar tengku muzaffar sambil dicium cium pipi aiman dan aiman mengekek ketawa.
"Amboi, suka dia ya orang cium dia." Ujar tengku sofea pula dan cubit perlahan pipi aiman.
"Dia lagi orang main dengan dia, lagi suka la dia tu." Ujar nurin dan senyum tengok gelagat aiman.
"Nanti kalau atuk rindu aiman, atuk pergi japan ye aiman." Ujar tengku muzaffar lagi.
"Mama papa, baru sampai?" Tegur firdaus yang baru muncul selepas 30 minit pergi printout tiket penerbangan mereka.
"Haah, cari parking tadi susah. Penuh sangat. Ni lambat betul kamu, ramai sangat ke orang?" Tanya tengku sofea.
"Ramai, airport mana pernah tak ramai." Ujar firdaus dan tersenyum tengok gelagat tengku muzaffar main dengan aiman.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...