15- Rumah Rindu

5.4K 151 24
                                    




"Awak, maaflah tak dapat tolong awak tadi." Nurin memohon maaf.

"Takpe, tapi macam mana boleh basah baju awak?" Tanya firdaus.

"Saya nak cuci tangan, lepastu saya terbuka air paip tu terkuat dan basah baju saya. Saya dah keringkan tapi still basah dan saya tak boleh nak buat apa apa. Saya nak keluar tapi risau kalau tiba tiba client awak tak jadi nak bekerjasama dengan awak sebab saya." Tutur nurin.

"Ouh. Sebab tu ke? Baju awak pakai tu okey?" Tanya firdaus.

"Okey, selesa. Terima kasih." Ucap nurin.

"Sama sama, tu saya belikan, awak tak perlu nak pulangkan balik atau nak bayar balik, awak simpan je baju tu. Sebagai hadiah sempena awak mengandung." Ujar firdaus.

"Terima kasih." Ucap nurin lagi.

"Nak makan apa apa tak? Sebelum saya bawa awak ke suatu tempat?" Tanya firdaus dekat nurin.

"Awak nak saya bawa pergi mana?" Tanya nurin.

"Rumah sewa yang awak akan duduk. Saya carikan. Harini kita pergi 2rumah. Esok kita pergi dua rumah. Dan lusa pun 2rumah. Kita pergi tengok tengok mana yang awak berkenan." Ujar firdaus.

"Awak dah cari? Awalnya." Ujar nurin.

"Saya cari rumah yang siap dah ada perabot. Jadi senang untuk awak." Jawab firdaus.

"Mesti mahal saya nak bayar sewa nanti." Ujar nurin pula.

"Fasal sewa rumah, awak tak perlu risau, saya akan bayarkan untuk awak. Barang dapur, lampin susu anak awak saya akan belikan dan bayarkan. Saya nak awak duduk dengan selesa je." Ujar firdaus.

"Eh takpelah, saya boleh. Awak tak perlu buat macam tu. Duit awak pun awak kena simpan untuk bakal isteri awak nanti. Saya boleh sara hidup saya sendiri." Tolak nurin.

"Tolong terima, kalau tak saya bagi tahu mama saya." Ugut firdaus.

"Tak baik tau ugut ugut macam ni." Ujar nurin.

"Saya buat untuk kebaikan awak. Pasal berpantang semua nanti, saya akan upah orang untuk jaga awak nanti. Ke awak nak balik rumah umi awak?" Tanya firdaus dan nurin segera gelengkan kepala dia.

"Saya taknak balik rumah umi, saya taknak umi tahu hal ni. Saya taknak umi kecewa bila suami saya buat saya macam ni." Tutur nurin sedih.

"Jadi awak dengar cakap saya, saya akan buat semuanya untuk awak. Tapi dengan 1 syarat." Ujar firdaus.

"Apa syarat awak?" Tanya nurin.

"Saya nak masa anak awak lahir, saya nak jaga dia. Saya nak besarkan dia jugak." Pinta firdaus dan nurin tersenyum dengan permintaan firdaus tu.

"Boleh." Jawab nurin gembira.

"Lepas awak habis pantang, awak kerja disyarikat saya. Boleh?" Tanya firdaus lagi.

"Eh takpe la." Tolak nurin.

"Saya bagi peluang pekerjaan dekat awak nurin. Awak jadi pembantu saya sebab pembantu saya sekarang nak berhenti tahun depan, jadi disebabkan saya malas nak buat interview, saya terus ambil awak kerja dekat syarikat saya." Ujar firdaus.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now