malam itu, selepas makan malam mereka bertiga menonton drama yang disiarkan pada malam itu. aiman yang pada mulanya berada ditengah tengah antara mereka berdua kini telah duduk diatas permaidani.
"abang, siapa elyana?" tanya nurin dan membuatkan rayyan terkejut dengan soalan dari isterinya.
"kenapa sayang tanya?" tanya rayyan.
"sebab tadi masa abang ambil aiman, staf abang sebut nama elyana." ujar nurin.
"ouh, takde siapa. elyana tu ex girlfriend abang sebelum abang kahwin dengan sayang." jawab rayyan dengan berhati hati.
"ouh diorang tak tahu ke abang dah kahwin dengan saya?" tanya nurin lagi.
"tak, sebab abang tak jemput pun. lagipun kan majlis kita buat kecil kecilan je kan, sebab tu diorang tak tahu." jawab rayyan menyakinkan nurin.
"eh, haahlah, lupa pulak." jawab nurin dan tersengih membuatkan rayyan tersengih jugak.
"jadi tak kerja dekat tempat abang?" tanya rayyan.
"kalau taknak boleh?" jawab nurin dan rayyan gelengkan kepala dia tanda tidak boleh.
"ish, kena jugak la ni?" tanya nurin lagi dan rayyan anggukkan kepala dia pula.
"fine!! kerja jugak sebab abang paksa!" jawab nurin seakan merajuk dan membuatkan rayyan ketawa dengan telatah nurin tu.
"ala, sayang taknak tengok muka abang ke?" tanya rayyan seakan memujuk nurin.
"ouh, abang nak saya kerja dekat situ untuk tengok muka abang je la? lebih baik tak payah, duduk rumah je." jawab nurin dan lagi sekali membuatkan rayyan ketawa.
"la, tengok muka suami dapat pahala tau, sayang taknak pahala?" tanya rayyan pula.
"nak! tapi kalau sampai dekat tempat kerja nak tengok muka abang je, orang lain pun meluat. ramai je kahwin tapi takde la macam abang yang asyik nak berkepit 24jam." bebel nurin pula dan rayyan cubit hidung nurin sebab bagi dia nurin comel sangat.
"ala, dulu sayang berjauhan dengan abang 4tahun, mestilah abang rindu." ujar rayyan terlepas cakap membuatkan nurin terus pandang dia.
"maksud abang apa?" tanya nurin pelik dan rayyan segera gelengkan kepala dia.
"takde apa lah." ujar rayyan dan ciun dahi nurin. mereka sambung tengok drama di televisyen semula.
(...)
akhirnya nurin membuat keputusan untuk bekerja dengan suaminya, rayyan iskandar. mereka ke tempat kerja bersama sama, lunch sama sama dan balik juga sama sama.
nurin bekerja sama aras dengan rayyan tapi bahagian kerja dia lain. tetapi rayyan masih boleh lihat nurin dari jauh.
dalam elok mereka semua buat kerja, tiba tiba mereka mendengar suara rayyan menjerit dari dalam bilik kerja dia. mereka hanya lihat dari tempat duduk mereka termasuklah nurin.
"kenapa?" tanya nurin.
"mungkin ada staff buat kerja salah dam encik rayyan marah." ujar hafizi.
"tapi takkan la encik rayyan marah sampai macam tu sekali?" ujar nurin pelik.
"eh puan nurin, tu kan suami puan. takkan puan tak tahu baran encik rayyan macam mana?" ujar linda membuatkan nurin menggelengkan kepala dia.
"ish kau ni linda, takkan lah encik rayyan nak baran kalau dekat rumah, mahu puan nurin kita merajuk kalau encik rayyan baran." ujar ida pula.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...