※
※
※
※Kini nurin dan firdaus dah berada didalam kereta dan dalam perjalanan pulang dari hospital. Keadaan didalam kereta sunyi sepi tanpa bunyi yang dihasilkan oleh mereka berdua.
"Jadi, apa yang awak rahsiakan dari keluarga saya?" Tanya firdaus memecahkan kesunyian.
"Maaf." Hanya ini yang nurin mampu luahkan.
"Siapa suami awak? Dah sebulan awak pregnant tanpa kami tahu. Dah puas ke menipu kami? Atau memang awak dah kahwin? Ke anak luar nikah tu?" Soal firdaus tanpa henti.
"Anak ni dari hubungan yang halal, saya tak sangka saya pregnant. Kalau suami saya tahu, mesti dia taknak anak ni." Ujar nurin sedih.
"Dah kenapa dia taknak anak ni? Ni anak korang berdua kan? Kenapa dia taknak?" Marah firdaus.
"Sebab dia dah pernah cakap dia taknak anak walaupun saya mengandung, malah dia suruh saya makan pil perancang." Ujar nurin dengan nada suara yang agak perlahan.
"What?! Macam mana korang boleh kahwin kalau suami awak suruh makan pil perancang?" Tanya firdaus geram.
"Kami kahwin rancangan keluarga, keluarga dia nak suruh saya kahwin, kami tak pernah kenal satu sama lain." Ujar nurin lagi.
"Siapa suami awak? Dia dekat mana? Saya akan cari dia untuk awak." Tanya firdaus.
"Takpe, awak tak perlu tahu. Please tolong saya. Jangan beritahu hal ni dekat auntie, saya merayu sangat sangat." Rayu nurin dekat firdaus.
"Awak nak rahsiakan hal ni? Nanti perut awak makin besar tahu tak. Tak mustahil mama akan tahu hal ni nurin." Luah firdaus geram.
"Saya dah fikir, yang saya akan pindah dari rumah awak. Saya nak hidup berdikari. Saya nak cuba hidup dengan bakal anak saya ni." Ujar nurin sedih.
"Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak nak duduk mana? Awak tiada pekerjaan nurin, mana awak nak dapat duit untuk sara anak awak?" Marah firdaus malah firdaus juga berhentikan kereta dia ditepi jalan.
"Saya sedar, sebab tu saya akan kerja dekat rumah awak, sebelum anak dalam perut saya ni besar. Mungkin saya akan kerja lagi 3bulan, duit gaji saya akan simpan untuk saya hidup berdikari dengan anak saya." Jawab nurin.
"Cukup ke? Duit rumah sewa, duit makan awak, duit makan anak awak, lampin anak awak semua tu awak ingat cukup ke? Sara hidup dekat sini makin mahal nurin, awak sedar tak?" Marah firdaus lagi.
"Saya sedar, saya akan berjimat awak jangan risau. Lepas je saya beranak dan berpantang, saya akan terus kerja." Ujar nurin menyakinkan firdaus.
"Then kalau awak kerja, anak awak siapa nak jaga? Nak biar seorang diri dekat rumah?" Tanya firdaus lagi.
"Saya minta jiran saya jaga." Jawab nurin selamba.
"Jiran? Awak nak bayar gaji pengasuh pulak? Banyak nurin duit awak nak pakai." Marah firdaus lagi.
"Awak nak saya buat apa? Semua tak boleh kenapa?" Tanya nurin pula geram dengan kelakuan firdaus ni.
"Saya nak awak mengaku dan cerita hal sebenarnya dekat mama." Pinta firdaus.
"Tak, saya taknak. Saya dah taknak susahkan keluarga awak. Saya taknak tambahkan beban keluarga awak. Dah la saya kerja dekat situ, lepastu saya nak keluarga awak sara saya dengan anak saya pula, saya taknak. Tolonglah saya merayu sangat dengan awak." Rayu nurin.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...