51- barang dapur

2.6K 102 20
                                    




seminggu kemudian

rayyan membawa nurin dengan aiman balik ke rumah dia semula selepas nurin checkout dari hospital.

"ni rumah kita ke abang?" tanya nurin sebaik sahaja mereka tiba di rumah banglo itu.

"iye sayang, rumah kita." jawab rayyan dengan senyuman yang paling manis.

"kenapa umi dengan kak tira tak ikut sekali duduk dengan kita?" tanya nurin.

"umi dengan kak tira taknak. abang dah ajak dah." ujar rayyan jujur dan nurin hanya anggukkan kepala dia.

"jom masuk, tengok tengok." ajak rayyan.

"okay jom." ajak nurin dan buka pintu rumah kereta diikuti aiman diseat belakang dan juga rayyan.

sebaik sahaja nurin masuk, dia terpegun dengan hiasan dalam rumah itu yang dipenuhi dengan bunga matahari.

"abang, cantiknya bunga matahari ni semua." ujar nurin terpegun.

"sayang yang hias sendiri semua ni." ujar rayyan dan nurin tersenyum dan belek bunga bunga matahari itu.

"sayang lapar tak? kalau lapar abang nak order makanan ni." ujar rayyan sebaik sahaja dia hampiri nurin manakala aiman depan tv dah.

"saya nak masak, ada apa apa barang untuk masak tak?" tanya nurin dan rayyan senyum sambil gelengkan kepala dia.

"kalau macam tu kita pergi beli barang dapur then makan dekat luar. nanti malam saya masak untuk dinner." ujar nurin dan tersengih.

"good idea. so sayang nak gerak sekarang ke?" tanya rayyan dan nurin anggukkan kepala dia.

"okey jom. aiman jom kita keluar balik sayang." panggil rayyan dan aiman mengeluh.

"ala papa! kan baru balik! aiman baru nak tengok kartun ni!" rengek aiman.

"aiman, kita pergi makan jom. kartun tu esok ada lagi kan." ujar nurin pula dan hampiri aiman.

"tapi aiman baru nak tengok." ujar aiman sedih.

"nanti mama teman aiman tengok kartun. sekarang kita keluar erk, beli barang dapur, makan makan. aiman lapar kan." ujar nurin dan aiman anggukkan kepala dia.

"okay jom. papa! papa kena dukung aiman tau kejap lagi sebab kaki aiman dia merajuk dengan papa jadi dia taknak jalan." bebel aiman dan tergelak nurin dengan rayyan dibuatnya.

"okay okay papa dukung." ujar rayyan dan terus dukung aiman. nurin tutup tv dan mereka bertiga keluar semula.

(...)

mereka pergi beli barang dapur dahulu barulah mereka pergi makan.

"aiman beli banyak banyak tu habis ke?" tanya rayyan dan pandang aiman sebelah dia.

"ala aiman beli air dengan cococrunch je. mama lagi banyak." ujar aiman dan nurin tersengih.

"mama beli untuk aiman, mama dengan papa. bukan mama sorang tau." ujar nurin dan cubit hidung aiman manja.

"mama, kenapa mama tidur lama sangat masa mama dekat hospital tu?" tanya aiman lagi.

"berapa lama mama tidur?" tanya nurin melayan anak dia.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now