★
★
★
★Keesokannya, firdaus dan hafiz datang kerumah rayyan.
"Rayyan, kau okay tak?" Tanya firdaus risau tengok keadaan rayyan yang agak serabai pagi itu.
"Yes sure!" Jawab rayyan acah semangat.
"Tak sekarang ni aku tak faham! Kenapa kau kena ceraikan nurin? Dia bagi kau pilihan kan, samada nurin atau bukti palsu tu, kau sepatutnya pilih wife kau! Sekarang kau yang patah hati!" Marah hafiz.
"Aku tahu! Tapi aku jugak tahu yang elyana akan apa apa kan nurin nanti. Kau sendiri tahu dekat dia ada pistol! Bayangkan aku pilih nurin then dia akan bagi bukti palsu tu dekat polis, then kau akan rasa dia akan lepaskan nurin macam tu ke je? Tak! Dia akan tembak nurin! So i had to do it depan mata dia! Sebab tu aku ceraikan nurin dengan talak 1, supaya aku boleh rujuk semula!" Ujar rayyan serius.
"Then sekarang kau rasa nurin akan terima kau balik ke? Dia dah terima kau dan semalam kau dah hancurkan cinta dia terhadap kau semula!" Jerkah firdaus dan membuatkan rayyan terkejut.
"Dia cintakan aku?" Tanya rayyan tak percaya.
"Yes! Dia cintakan kau! Dia tak pernah berhenti cintakan kau! Tapi kau je yang selalu hancurkan cinta kau dekat dia! Rayyan sekali perempuan kecewa, sampai bila bila dia akan kecewa dan takkan terima kau semula kau faham tak!" Marah firdaus.
"Aku buat bersebab! Bukan suka suka aku nak ceraikan dia!" Tengking rayyan semula.
"Aku rasa, kau better tanya pihak yang berkaitan cerai berai ni... tanya diorang betul betul samada kau betul ceraikan dia atau tak." Arah hafiz.
"Maksud kau?" Tanya rayyan.
"Maksud aku, kemungkinan kau masih tak ceraikan nurin lagi, sebab kau terpaksa malah diugut pulak tu. Ni kata readers la, kalau kau nak tahu, pergi tanya pihak berkenaan." Ujar hafiz serius.
"Tapi ada saksi kan?" Ujar firdaus pula.
"Memang la, tapi tak gugur talak kau tu, esok kau pergi tanya pihak berkenaan." Ujar hafiz dan rayyan anggukkan kepala dia.
"Asal esok? Sekarang pun aku boleh pergi!" Ujar rayyan dan terus capai kunci kereta.
"Eh wei, nak ikut!" Ujar firdaus.
"Takpayah, jaga rumah elok elok!" Ujar rayyan dan terus melangkah ke kereta.
"Rumah kau ada makanan tak? Lapar!" Ujar hafiz.
"Ada maggie je, makan la. Nanti kalau nurin balik sini, dia marah pula dapur dia bersepah." Balas rayyan dan terus masuk kereta.
"Tengok la tu, punya tak sabar!" Ujar firdaus dan melangkah ke dapur.
"Dah la, jom makan maggie, aku lapar ni." Ajak hafiz dan mereka berdua menuju ke dapur.
(...)
selepas 1jam, rayyan keluar dari mahkamah syariah itu dengan senyuman terukir dibibir.
Rayyan terus masuk dalam kereta dan terus capai telefon bimbit dia.
"Hello wei, kau masih kat rumah aku kan?"- rayyan.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...