★
★
★
★Keesokannya, mereka bertiga telah pergi ke pantai pada pagi itu.
Rayyan pakai baju tshirt putih dan seluar pendek manakala aiman hanya memakai baju warna biru. Nurin hanya memakai tshirt lengan panjang, seluar legging dan dan shawl. Nurin bawa 1beg yang berisi tuala.
"Papa jom la mandi air!" Ajak aiman tak sabar.
"Iye sabar jap. Papa nak tinggalkan telefon, dompet dekat mama sekejap." Ujar rayyan dan bawa keluar telefon dan juga dompet lalu beri dekat nurin.
"Selipar tanggal sayang. Sini bagi mama." Ujar nurin dekat aiman. Aiman ikut arahan nurin.
"Tapi aiman, sebelum kita mandi air, kita jalan jalan dulu nak?" Ujar rayyan dekat aiman.
"Nak!! Mama nak ikut?" Tanya aiman dekat nurin dan nurin gelengkan kepala dia.
"Aiman pergilah dengan papa. Mama tengok dari sini." Ujar nurin dan aiman senyum je dekat mama dia.
"Papa, jom!" Ajak aiman tak sabar.
"Iye anak papa... ni sayang, kalau sayang nak beli apa apa, ambik je duit dalam dompet abang." Ujar rayyan dan sempat kenyit mata dekat nurin. Nurin menjeling je dekat rayyan bila rayyan dah mula berdiri tinggalkan dia sebab aiman tarik tangan rayyan.
Kini rayyan dan aiman mula main main ditepi pantai.. main kejar kejarlah, bina istana pasir la, rayyan buat buat nak baling aiman dalam laut la sampai menangis aiman dibuatnya. Tanpa rayyan sedar, nurin capai telefon milik rayyan dan ambil gambar aiman dan rayyan semasa mereka berdua bersiar siar sampai pegang tangan.
Nurin tengok gambar yang dia ambil tadi dan tersenyum dia dibuatnya.
Selang beberapa minit, aiman datang hampiri nurin. Nurin depakan tangan dia dan aiman terus peluk nurin dalam keadaan menangis.
"Kenapa anak mama menangis ni?" Tanya nurin dan belai rambut aiman.
"Papa!!! Papa cakap papa nak tanam aiman dalam pasir!" Adu aiman sambil kesat air mata dia. Nurin perasan rayyan hampiri mereka berdua. Rayyan duduk hadapan anak dan isteri dia.
"Awak dah kenapa nak tanam anak saya?" Marah nurin.
"La, abang gurau je. Takkan la abang nak tanam anak abang." Ujar rayyan dengan senyuman masih terukir.
"Jangan sampai saya yang tanam awak nanti karang!" Marah nurin.
"Iye okay, abang tahu abang salah. Sorry sayang, sorry ye anak papa. Papa janji tak buat dah." Ujar rayyan dan pegang tangan aiman.
"Papa jahat!" Marah aiman.
"Iye papa jahat, papa daus je baik." Ujar rayyan seakan terasa dengan kata kata anak dia.
"Sedar pun yang awak jahat." Ujar nurin selamba sambil lap air mata aiman.
"Mama, aiman lapar lepas kena buli dengan papa." Adu aiman.
"Lapar? Nak makan apa sayang?" Tanya nurin dekat aiman.
"Tak tahu, jom tengok tengok dekat sana." Ujar aiman dan tunjuk kearah motor motor yang jual jual dekat situ.
YOU ARE READING
[EBOOK] Tanpa KerelaanKu
RomanceHIGHEST RANKING 👑 -3 IN HARTA (18/10/2019) -2 IN CERAI (30/11/2019) -2 IN TENGKU (16/2/2020) -2 IN MATI (11/3/2020) -1 IN CINTA (14/6/2020) ----------------------------- Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama nurin dipilih oleh kelua...