21- kakak ipar rumah

6.8K 175 31
                                    




Keesokannya, rayyan terus ke airport dan mula membeli tiket yang terawal untuk pulang kemalaysia semua. Dia ke hongkong sebenarnya nak surprisekan isteri dia. Tapi tak sangka, dia pulak kena surprise dengan isteri sendiri.

(...)

sebaik sahaja rayyan sampai malaysia, dia menghidupkan telefon dia dan menghidupkan data internet ditelefon dia. Dan berduyun duyun chat masuk kedalam telefon dia. Rayyan yang perasan akan chat dari mummy dia, dia buka dan mula membaca mesej dari mummy dia tu.

Selepas selesai mesej dari mummy dia, dia menyimpan semula telefon dia dalam poket dan keluar dari airport itu. Rayyan melangkah ke kereta dia dan mula meninggalkan kawasan airport.

(...)

Jam 4petang, rayyan pergi kerumah mummy dia. Selepas parkingkan kereta dia, dia memberi salam dan masuk dalam rumah.

"Ha rayyan, kita tunggu keluarga elyana, sekejap lagi sampai la tu." Ujar tengku sulaiman.

"Okay!" Jawab rayyan sepatah dan panjat tangga ke tingkat atas.

Rayyan baringkan badan dia keatas tilam dan mula melelapkan mata dia.

30minit kemudian, rayyan yang baru terlelap tu buka mata dia bila pintu bilik dia diketuk dari luar. Rayyan bangun dan melangkah membuka pintu dan dia nampak raiyana depan dia sekarang.

"Along, mummy suruh turun." Ujar raiyana.

"5minutes." Ujar rayyan dan tutup pintu bilik semula. Dia melangkah ke bilik air dan mula membasuh muka dia supaya dia segar. Setelah selesai rayyan melangkah semula ke pintu dan turun ketingkat bawah. Rayyan dapat dengar bahawa mereka ada tetamu dan mereka adalah orang tua elyana.

"Ha rayyan, mari sini duduk." Ujar tengku aishah serius. Rayyan hanya mengikut kata. Sebelum duduk dia menyalami orang tua elyana dulu.

"Rayyan, mama nak tanya, betul ke kamu dah ceraikan yana?" Tanya tengku adibah.

"Yes, ian dah ceraikan dia. Baru semalam." Jawab rayyan jujur.

"Kenapa? Apa salah dia sampai kamu ceraikan dia?" Tanya tengku adibah terkejut dengan pengakuan rayyan tadi.

"Ian taknak cerita hal sebenar nanti cakap ian tipu dan sebaliknya. Apa yang dia buat salah tu biar ian je tahu sebabnya. Kalau mama nak tahu mama sendiri boleh tanya dia bila dia balik malaysia nanti. Tapi yang ian nak, lepas je dia sampai malaysia, kami nak ke mahkamah dan bercerai secara sah." Ujar rayyan serius.

"Kamu ceraikan dia dengan talak berapa ian?" Tanya tengku aishah.

"Talak 3. Sebab kesalahan dia memang besar sangat." Jawab rayyan serius dan cukup membuatkan 1 rumah tu terkejut dengan apa yang dia cakap.

"Tak berbincang dulu ke? Kenapa nak terus ceraikan dia? Takkan la tak jaga makan pakai ian, ian terus ceraikan dia dengan talak 3?" Soal tengku adibah geram.

"Kan ian dah cakap, dia buat salah besar. Pasal hal tu, ian tak kesah sebab sebelum kahwin pun ian dah reti buat semua benda tu. Tapi kalini memang ian tak boleh maafkan dia." Luah rayyan serius.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now