1- Bunga Matahari

8K 180 24
                                    




Selepas 3minit, nurin datang semula ke kereta yang rayyan parking tu dan rayyan tiada dalam kereta.

Nurin nak masuk dalam kereta mahal suami dia tu, tapi berkunci pulak, jadi nurin buat keputusan tunggu suami dia dekat kereta je.

Selang beberapa minit, rayyan mula menghampiri kereta dia dan dia nampak isteri dia dekat situ dah pun tunggu dia.

Rayyan tekan punat kereta untuk buka lock kereta tu dan nurin agak terkejut bila kereta tu tiba tiba berbunyi. Nurin pusing belakang dan nampak suami dia datang ke arah dia. Rayyan jalan kearah tempat pemandu dan pintu kereta dibuka.

"Tunggu apa? Masuk la!" Marah rayyan.

Nurin diam dan terus masuk dalam kereta mewah tu dan suasana dalam kereta hanya diam membisu. Nurin dalam kereta dah menguap dah. Baru sahaja dia nak lelapkan mata tiba tiba 1suara marah dia.

"Kau jangan nak tidur! kau ingat aku ni apa? Driver kau?!" Marah rayyan sinis.

"Eh tak, mana ada saya nak tidur. Saya menguap je." jawab nurin perlahan.

Rayyan diam dan teruskan pemanduan.

(...)

Rayyan mula memarkirkan kereta dia diperkarangan rumah keluarganya.

Rayyan mula memarkirkan kereta dia diperkarangan rumah keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rumah awak ke?" Tanya nurin dan pandang rayyan dekat sebelah.

"Tak, rumah mummy daddy" jawab rayyan dan terus buka pintu kereta diikuti nurin.

Rayyan nampak tengku Aishah dah berdiri depan pintu rumahnya dan senyum kearah mereka berdua.

"Alhamdullilah, selamat juga anak mummy dengan menantu baru mummy dekat sini." ucap tengku aishah gembira.

Nurin kini dah berdiri didepan mak mertua dia dan Nurin mula menyalami mak mertua dia.

"Mummy sehat?" Tanya nurin sopan.

"Sehat! kamu berdua mesti penat kan? Jom masuk dalam, kamu berdua rehat lepastu nanti mummy panggil kamu berdua turun makan ye." Ujar tengku aishah dan peluk nurin.

Nurin hanya anggukkan kepala dia dan dia masuk kedalam rumah diikuti suami dia. Nurin nampak rayyan dah menuju ke tangga

"Kamu pergi la naik atas, rehat. kan baru je sampai." kata tengku aishah.

"Baik mummy." balas nurin dan mula ikut belakang rayyan.

Sampai sebuah bilik rayyan masuk diikuti isterinya dibelakang dan nurin nampak rayyan terus baring atas katil dalam keadaan melintang. Nurin tengok jam dipergelangan tangan dia.

1.56pm

'Aku tak zohor lagi.' ujar nurin dalam hatinya. Nurin pandang suami dia.

"Awak, saya nak tumpang solat dalam bilik awak boleh?" Tanya nurin hati hati dan cemas. Rayyan diam.

[EBOOK] Tanpa KerelaanKuWhere stories live. Discover now