"Awak tak cintakan saya. Awak hanya nak sakitkan hati Sara kan." Teka Nuraz dengan senyuman sinis. Kaki kanan disilang pada kaki kiri dan dia berpeluk tubuh. Tidak puas hati dengan luahan Gibrel secara tiba tiba. Pasti ada agenda disebaliknya.Gibrel mengeleng kepala. Sumpah. Tiada niat, dia ikhlas. Dia cintakan Nuraz sepenuh hati.
"Saya cintakan awak ikhlas Nuraz. Awak tak sedar ke bagaimana saya ambil berat pasal awak.Awak tak nampak lagi?" Gibriel menyoal kembali pada Nuraz. Mengingatkan Nuraz tentang sikap prihatinnya selama ini.
Nuraz menunduk. Mendongakkan kepala ke atas. Dia tersenyum dan mengeleng kepala. Nuraz tidak percaya. Tidak ingatkah apa yang lelaki ini pernah kata. Dia tidak sukakan perempuan cantik dan Nuraz pun bukan seorang perempuan cantik. Dia hanya seorang gadis yang berkulit sawo matang dengan rambut beralun separas bahu. Rambut yang dibiarkan lepas diikat ekor kuda.
"Awak tak sukakan perempuan cantik dan saya tak cantik." Luah Nuraz perlahan.
Gibrel tak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Nuraz. Dia keliru. Ya dia tak suka perempuan cantik. Kisah lalu menjadikan dia lebih berhati hati dalam memilih pasangan. Dengan wajah yang kacak berkacukan campur. Mudah sahaja dia ada teman wanita. Kebanyakkan citarasa Gibrel bukan Melayu tapi kali ini dia jatuh dengan perempuan Melayu.Parah. Dia angaukan perempuan Melayu ini.
"Apa masalahnya awak tak cantik. Tu kan yang saya cari." Ujaran dimulut Gibril membuatkan Nuraz terasa hati. Sampai hati lelaki ini katakan dia tak cantik. Apa salahnya bermulut manis sebentar. Mahu menangis pula rasanya. Bibir diketap geram. Benci. Nuraz terus melangkah meninggalkan Gibril yang terpinga pinga.
Ya memang aku tak cantik pun berbanding teman wanita dia yang lalu. Semuanya gebu gebas berhidung mancung. Aku? Hidung Melayu. Hidung penyek. Mata pun tak besar tapi hmm bibir aku seksi apa.
Gibril kecewa. Makan malam yang diharapkan berakhir dengan kesempurnaan tapi sebaliknya berlaku. Hancur hati. Tidak mengapalah Nuraz. Mungkin selama ini dia salah anggap. Cincin belah rotan dikeluarkan pada poket seluar.
"Mungkin masa kau belum bertuan lagi." Gumam Gibrel.
*****
Gibril meletakkan tangan di atas dahi. Dia merenung syiling bilik tidak berkelip. Teringat akan perbualan dia dan Nuraz. Kenapa Nuraz susah sangat nak faham isi hati dia. Dia bukan seorang lelaki yang suka mengucapkan kata cinta atau sayang. Cintanya sangat mahal. Perbuatan sahaja dapat dia zahirkan.
Gibrel pegang dada kiri. Rasa pedih tapi tak pedih macam orang kena tinggal. Kali ini rasanya lain. Dia sendiri sukar nak faham. Malam dihabiskan dengan termenung panjang. Sukar mata untuk menutup.
*****
Nuraz melangkah masuk ke kafe. Bauan kopi menusuk dalam hidungnya. Kalau sebelum ini dia melangkah dengan bersemangat tetapi kali ini langkah kaki tidak bermaya. Dia sedar dengan kehadiran Gibrel di meja bar. Lelaki itu pemilik kafe ini dan dia sekadar pekerja yang memegang jawatan pereka grafik. Tanpa sapaan, dia terus berjalan ke dalam. Semalaman dia tidak dapat tidur kerana fikiran melayang.
"Awak mengelak dari saya?" Soal Gibrel tenang. Tiada riak wajah yang dipamerkan. Bersahaja. Kemeja bewarna putih menyerlahkan kekacakan wajahnya. Pintu ditutup rapat agar pekerja lain tidak dapat dengar perbualan mereka.
"Mana ada. Saya nak siapkan kerja je ni. Lagipun buat apa saya nak mengelak dari awak." Ujar Nuraz. Dadanya sudah berdebar kencang. Kenapa Gibrel mudah sahaja baca gerak gerinya.
"Awak tak pandai tipu saya."
Nuraz berpura pura sibuk. Tak mengendahkan kata kata Gibrel. Lagi dilayan sudah tentu Gibrel dapat membaca. Susahnya hati. Tangan pula ligat klik mouse sana sini. Walhal kerja yang banyak sudah disiapkan semalam lagi. Sekarang perlu goyang kaki sahaja.
Gibrel yang faham dengan tingkah Nuraz. Terus mengatur langkah ke depan. Mungkin salahnya juga dia meluahkan perasaan secara drastik sedangkan pada masa yang lain Nuraz tidak boleh menerima lagi.
"Apa yang awak klik lagi tu? Tiada apa yang cacat cela. Dah perfect."
Hasil kerja Nuraz tidak pernah mengecewakan. Apa yang dihasilkan oleh Nuraz sentiasa memuaskan hati.
"Awak apa tahu. Saya nak touch up lagi cantik ni." Nuraz memberi alasan. Sebenarnya mahu menghalau Gibrel dari bilik ini tapi tidak tahu bagaiman.
"Nurazzz." Gibrel memangil nama Nuraz dengan kelembutan.
Meremang bulu roma! Kenapa dengan Gibrel. Dah macam seru hantu. Tak senang duduk, Nuraz terus meluru ke tandas.
YOU ARE READING
Kau Yang Aku Pilih
RomancePerkenalan Megat dan Nuraz adalah satu kesilapan. Bila Megat meninggal, dunia Nuraz mula berubah. Hidupnya tidak sempurna seperti dulu. Demi nyawa, dia jadi pelarian ditempat sendiri. Hidup jadi tidak tentu arah bila kebenaran makin menghampiri. G...