² 「14 Januari : Aku Sebagai Shiro-wa 」

217 45 156
                                    

14 January

Sudah dua minggu aku bekerja sebagai dj radio bebas dan status like semakin meningkat setiap hari.

Aku menggunakan nama samaran Shiro-wa. Macam nama ala-ala jepun bukan?

Dalam tempoh tersebut juga aku tidak hadir ke sekolah. Yelah, duit poket nak membeli buku latihan apa tidak cukup lagi. Maybe dalam seminggu lagi aku akan balik ke sekolahlah.

Aku berharap pihak sekolah tidak memberi aku surat amaran. Ahahah.... Mengarut. Memang sahlah aku akan mendapat surat amaran kan?

🌸🌸🌸

Hari ini pun aku sedang bekerja di studio. Tidak sangka ramai permintaan untuk aku menyanyi. Rasa terharu pun ada juga.

🌸🌸🌸

Sehinggalah ke petang, tamatnya hari bekerja aku. Hari ini aku mengambil shift pagi. So time bekerja aku sampai petang ini sahaja.

Untuk sementara ini pula, aku tinggal bersama Encik Mark dahulu. Aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada Encik Mark dan terus keluar daripada studio.

Keluar-keluar sahaja daripada studio, aku terserempak dengan....

Cackle : "Catz!"

Gragh! Apa yang dia buat dekat sini? Aku sudah memberuk ini terkejutnya. Sekolah dengan studio aku jauh tahu? Macam mana makhluk ini boleh sampai ke sini? Betullah orang kata, bumi ini kecil.

Cackle : "Merata aku mencari kau tahu? Kau sini ikut aku balik. Satu sekolah risaukan kau!"

Melebih gila sampai satu sekolah? Budak sekelas aku pun tidak kenal aku. Auta melangitlah dia ini.

Cackle terus menarik aku dengan kuat. Tetapi aku cuba melawannya. Namun apakan daya? Badan aku 2x lebih kecil daripada badan dia yang tinggi macam tiang elektrik itu.

Dia kemudiannya memikul aku pada bahunya. Bahu bidang dia ini boleh memuatkan badan aku seorang. Aku meronta-ronta untuk melepas diri.

Catz : "Lepaskan aku!"

Cackle : "Mulai hari ini, kau tinggal dengan aku."

Catz : "T... tapi...."

Cackle terus menghumban aku ke dalam kereta. Di dalam kereta tersebut, terdapat dua orang abangnya.

Abang dia rasanya? Sebab muka dia orang seiras. Walaupun rambutnya berlainan warna. Actually rambut Cackle sahaja yang berwarna lain. Well, dia kan alien?

Cackle : "Kau ke mana selama ini, Catz?"

Catz : "Kau jangan nak sibuk urusan aku boleh tak?"

Cackle secara spontan menampar muka aku. Auch!

Bayangkan, tangan dia sudahlah besar bak Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Boleh hilang pipi sebelah aku. Dia fikir dia siapa nak menampar aku? Sakit gila woi!

Cackle : "Boleh tak, kau berhenti dengan perangai kau yang entah apa-apa ini?"

Dia cakap perangai aku entah apa-apa? Apa masalah dia ini? Perangai kau lagi pelik, kau tahu?

Cackle : "Kau tahu aku risau sangat fasal kau?"

Aku hanya membuat muka annoying tanpa sebarang jawapan. Pipi aku sudah bengkak sebelah.... Kau fikir bagus ke? Memang minta kena kerek dengan aku.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now