³⁰ 「21 Februari : Sabotaj」

58 22 2
                                    

21 Februari

Aku ke studio untuk berlatih nyanyian aku, macam biasalah rutin aku di situ. Nak buat apa lagi kan? Tetapi hari ini....

Catz : "Senior Lucas dapat tawaran ke tempat lain?"

Lucas : "Ye. Maaf sangat-sangat sebab sampai di sini sahaja saya berkhidmat dekat sini."

Senior Lucas dapat tawaran ke agensi lain. Hari ini merupakan hari terakhirnya di Steel Hawk.

Kalau Senior Lucas keluar daripada agensi ini... siapa yang nak back up aku kalau aku kena marah dengan manager? Siapa yang nak lepak dengan aku dekat cafe? Dan... siapa yang nak dengar luahan hati aku lepas ini?

Aku antara artist yang termuda dalam agensi ini. So majoriti mereka yang berada di dalam agensi ini susah nak masuk dengan aku sebab jarak umur yang agak jauh.

Tapi... cuma dengan Senior Lucas sahaja yang aku boleh masuk. Kalau dia tiada... aku keseoranganlah nanti.

Tak.... Aku tak nak keseorangan dekat agensi puaka ini. Jujurlah, aku langsung tidak enjoy sepanjang aku kerja di bawah agensi ini. Kemurunganlah aku macam ini.

Melihatkan keadaan aku, Senior Lucas terus menggosok kepala aku. Obvious sangat ye reaction aku? Susah aku nak terima pemergian Senior Lucas sebenarnya. Itu yang fikiran aku melayang jauh.

Lucas : "Janganlah risau.... Kau akan okey walaupun tak ada aku."

Senior Lucas terus menepuk kepala aku dengan lembut.

Lucas : "Kau dah jadi satu-satunya artist solo dalam agensi ini. Lepas ini, mesti dia orang akan hargai kau pula. Aku jamin itu."

Hmm.... Aku hanya menganggukkan kepala aku. Hati aku sudah pasrah awal-awal ini. Kalau apa-apa terjadi, aku terpaksa teguhkan pendirian aku sendiri.

Lucas : "Okey. Good luck. Aku kena kemas barang-barang aku sekarang."

Catz : "Okey. Selamat maju jaya."

Lucas : "Yosh! Kau pun jangan lemah semangat pula."

Senior Lucas terus berjalan pergi. Aku hanya memerhatikan bayangnya yang mulai menghilang.

Tiba-tiba, dari belakang aku....

Taejin : "Catz!"

Catz : "Erk?"

Meremang bulu roma aku sebaik sahaja Manager Taejin berada di belakang aku. Aku pun cuba cover panik dan memandangnya.

Catz : "Y... y... ye, Manager?"

Taejin : "Ikut saya sekejap."

Alamak.... Apa yang dia nak buat? Seramnya...!

Aku pun dengan perlahannya mengekori Manager Taejin terus ke bilik pejabatnya. Dia nak buat apa ini?

Taejin : "Duduk."

Alamak.... Sudah macam di dalam bilik disiplin sekolah sahaja. Seramnya.... Sampai ke tulang sejuknya. Brr....

Aku pun duduk dengan perlahan.

Taejin : "Ini."

Manager Taejin menyerahkan beberapa helaian borang ke arah aku. Borang apa ini?

Taejin : "Sign dekat setiap helaian itu di bahagian bawah."

Borang apa pula ini? Aku ingatkan dia nak marah aku. Berpeluh teruk aku di situ.

Catz's Diary: The Beginning©Where stories live. Discover now