5 Julai
Aku sudah booking tiket flight ke China pada tarikh ini.
Aku terpaksa booking flight yang agak mahal kerana aku kena membawa Ginger sekali sebagai langkah berjaga-jaga.
Uwaargh.... Duit poket aku sudah habis. Aku cuma mengharapkan yang alamat nak ke rumah Doktor Chen ini tak adalah rumit. So tak adalah aku kena mengemis nak mencari duit untuk makan.
🌸🌸🌸
Naik sahaja flight.... Aku lupa yang aku ini mabuk udara. Memang teruk aku muntah di dalam flight itu. Nasib baik dekat dalam flight itu sudah siap disediakan plastik beg. Jikalau tak.... Bye-byelah siapa yang duduk di sebelah aku ini.
🌸🌸🌸
Lebih kurang beberapa jam kemudian, aku pun tiba di airport China. Aku turun daripada flight dan udara di sini sangat menyegarkan.
Aku nak menahan teksi, akan tetapi kebanyakan teksi di sini tidak membenarkan haiwan peliharaan masuk. Puih.... Teruk.
Disebabkan tiada sebuah teksi pun yang nak menumpangkan Ginger, so aku pun terpaksa berjalan kaki.
Memang sesat teruklah aku di China ini. Sebesar-besar alam negaranya. Nak mencari alamat yang kecil-kecil.... Sampaikan ada orang tidak tahu nama tempat yang aku nak pergi ini. *Sigh....
🌸🌸🌸
Jam kini menunjukkan pukul 1.30 petang dan aku tidak makan daripada pagi. Perut aku tersangat lapar. Rasa macam aku boleh makan seekor kambing dengan sekali telan. Sedapnya kambing....
Aku sudah tidak larat. Jadi aku membuat keputusan untuk berehat sebentar di tepi jalan kampung ini.
Apa yang ada hanyalah sebotol air mineral yang aku bawa daripada rumah.
Tengah-tengah aku duduk,
Catz : "Ginger?"
Time-time macam inilah Ginger boleh hilang! Kelam-kabut aku mencarinya.
Tiba-tiba,
Ginger : "Won! Won! Awoo~"
Catz : "Ginger?"
Apahal semacam sahaja suara Ginger ini? Aku kemudian ternampak Ginger sedang mengendeng pada seekor anjing jantan Husky putih yang sedang berjalan dengan tuannya.
Ianya seorang lelaki tua berumur 70-an. Kuatnya pakcik ini membawa anjingnya pergi berjalan.
Aku pun kelam-kabut berlari ke arah Ginger.
Catz : "Uwargh...! Ginger! Apa yang kau buat itu?"
Ginger : "Awoo~"
Aku terus menarik-narik Ginger yang sukar untuk di kawal tika itu. Gediknya Ginger ini....
kemudian,
"Ahahahah, she's so pretty."
Aah, pak cik ini speakinglah. Mungkin dia tahu yang aku ini foreigner agaknya?
Aku terus berdiri dan membongkok-bongkokkan badan aku ke arah pakcik itu sebagai tanda minta maaf.
Catz : "I'm so sorry. Really, really sorry about her."
"Aah, never mind. It's normal...."
Dia kelihatan seperti orang lama di sini. Dia mesti tahu alamat yang aku nak pergi ini.
YOU ARE READING
Catz's Diary: The Beginning©
Novela JuvenilGENRE (TEEN FICTION/FRIENDSHIP/HUMOR) 📌XROS SERIES📌 Diari, diari on the wall... Siapakah aku ini? Catz Nasinasion. Ya. Akulah itu. Unik bukan nama aku? Kehidupan aku juga unik. Malahan alien pun belum tentu dapat hidup seperti aku ini. Tertarik? N...